RESIPI SUP TULANG

Assalammualaikum, cakkkk! Bertemu kembali selepas sebulan lebih che mat tak bersiaran. Sampai ada yang tegur, kata lama tak update blog. Ha ah, memang betul, entah kenapa malas sungguh sejak2 ni. Mood memasak pun ke laut, walau pun hari2 che mat masak. Mana resipi yang biasa tu, kita kongsikan saja di FB dan IG. Hari ni lain sikit, mungkin sebab dah selesai cucuk vaksin pertama, mood rajin terus datang. Tapi seperti biasa, resipi yang biasa2 ajer. Sup tulang ni atas permintaan mak che mat, kisahnya beberapa hari lepas dia buat panggilan telefon ke Rembau, rumah saudara kami, dan kebetulan sedara che mat tengah rebus tulang serangka lembut untuk dibuat sup, jadi mak che mat tiba2 sudah mengidam, semalam lepas ambik vaksin, kami singgah lah pasar, nasib baik dapat walaupun bukan tulang serangka. Biasanya kalau buat sup tulang, mak che mat lebih suka makan dengan mi laksa berbanding mi hoon. Kalau che mat dengan semua benda aku telan, tak de pantang, cecah dengan roti pun sedap. Mesti ada yang tanya, sambal kicapnya mana? Tak Johor lah makan sup takde sambal kicap. Satu tebiat che mat, kalau sup untuk cecah roti, aku memang kurang gemar boh sambal kicap, kalau makan macam tu atau taruk ketupat, mi dan lain2, baru boh sambal kicap. Untuk resipi sup tulang ni che mat sarankan guna periuk tekanan bagi jimat masa, yang mana takde tu bukan bermakna tak boleh buat, cuma makan masa lama sikit lah nak merebusnya. Kalau nak mencuba, jomm semak resipi di bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg tulang lembu yang masih ada dagingnya
1 sup bunjut 'sup tulang' Adabi
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
1 camca besar penuh rempah sup (sebarang jenama)*
1/4 cawan air*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes rempah)
1 camca teh penuh lada hitam biji, ditumbuk halus
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 inci halia
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tulang lembu dicuci bersih, gaul dengan sedikit tepung gandum dan garam hingga rata. Perap 15 minit dan cuci hingga bersih, ketepikan. Masukka tulang lembu ke dalam periuk, tuang air hingga tenggelam dan rebus 30 minit. Buang air rebusan pertama tadi dan tuang lagi air yang baru, masak hingga mendidih (kalau nak cepat, boleh guna air panas). Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, anggaran 2 camca besar, tumis pes rempah tadi hingga harum dan naik minyak. Ketepikan.
  2. Masukkan sup bunjut, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, lada hitam,bahan2 tumbuk dan pes rempah yang telah ditumis tadi ke dalam periuk yang berisi tulang. Tambah daun sup yang dikerat kasar dan juga bawang goreng. Perasakan dengan garam dan masak hingga daging pada tulang tadi empuk (che mat guna periuk tekanna, ambik masa dalam 30 minit). Kalau masak guna dapur biasa, mungkin 2 - 3 jam kot baru empuk. Ikut umur lembu tu, kalau jenis tua, lambat lah empuknya.
  3. Selepas 30 minit dimasak dalam periuk tekanan, jika kurang kuah, boleh ditambah air panas lagi. Tapi jangan lupa rasa garam dia, kalau tawar, boleh tambah garam. Masa menghidang hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Tambah sambal kicap jika suka pedas. Hidangkan dengan roti, mi hoon, mi laksa, ketupat, nasi atau dimakan macam tu saja, pun sedapppp, ikut suka korang lahh....Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.