RESIPI HATI LEMBU GORENG KETUMBAR JINTAN

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat nak kongsikan satu resipi hati lembu yang ringkas dan sedap dimakan dengan nasi panas. Bagi yang tak makan hati lembu, boleh ganti dengan daging, tapi che mat syorkan guna daging batang pinang. Kalau takde lah daging batang pinang, boleh juga guna daging biasa tapi kena rebud dulu lah sampai empuk. Resipi ni memang senang dan bahan2 dia pun tak banyak. Satu tips nak dapat masakan yang sedap, hati lembu tu kenalah yang segar, kalau masa nak beli warna dia lebam birat dan kemerahanan, baik toksah beli. Hati lembu tak boleh dimasak terlalu lama sangat, nanti jadi keras kejung macam selipar, cara dia kita kena hiris hati lembu tebal sedikit dan masak toksah selalu lama. Resipi ni, kalau kita nak tambah kicap pun boleh, tapi garam jangan letak dulu, bila hati nak nak masak baru rasa dan tambah garam jika perlu. Hati lembu goreng ketumbar jintan memang kering yea, bukan berkuah. Jomm che mat kongsikan resipi dia jika ada yang ingin mencuba...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 - 500 gram hati lembu
1 camca besar tepung gandum
1 biji limau nipis, perah jusnya
1 camca teh garam
1 batang leek, kerat dan rendam
1 biji cili merah, hiris kasar
1 biji cili hijau, hiris kasar
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraian
1 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 camca teh lada hitam biji
1 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih (jintan halus)
1 camca teh jintan manis (jintan kasar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Hati lembu dihiris sederhana tebal, gaul dengan tepung gandum, jus limau nipis dan garam hingga rata. Perap 15 minit dan cuci kembali hingga betul2 bersih, toskan hingga kering dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Tambah bahan2 tumbuk halus, gaul rata dan perap 30 minit (simpan dalam peti sejuk). 
  2. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/4 cawan. Biar minyak betul2 panas dan masukkan hati lembu yang telah diperap tadi. Masukkan serbuk kunyit dan gaul rata. Masak hingga hati lembu kecut dan berubah warna.
  3. Masukkan leek (toskan dulu air rendamannya), bawang besar, cili merah dan hijau. Gaul dan masak hingga layu. Perasakan dengan garam secukupnya, kacau dan masak untuk seminit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan hati lembu goreng ketumbar jintan dengan nasi panas. Ratah macam tu pun sedap! Selamat mencuba..

RESIPI HATI LEMBU GORENG KETUMBAR JINTAN RESIPI HATI LEMBU GORENG KETUMBAR JINTAN Reviewed by Mat Gebu on 7/01/2021 11:45:00 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Wah,menarik la resepi ni.
    Nak cuba lah..ada hati baru bawa balik dr kampung.Terima kasih resipinya..

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.