RESIPI MOUSSE MANGGA

RESIPI MOUSSE MANGGA

Assalammualaikum, salam 4 Ramadan 1442 Hijrah. Hari ni che mat nak kongsikan resipi manggo mousse untuk juadah berbuka puasa petang nanti. Ni kira dalam kategori pencuci mulut. Resipi asalnya dari Yani, geng lama che mat ketika masih aktif dalam laman web MyResipi dulu, tapi tu jam Yani buat mousse strawberry dan Kak Nor, seorang lagi blogger masakan telah ubahsuai menggunakan buah mangga. Ketika tu, geng masak2 rajin mencuba resipi2 yang dikongsikan, kendian dikongsikan kembali dalam ruang forum. Bila zaman blog muncul, kami beralih pula ke blog masak2. Resipi mudah dibuat dan hasilnya amat berbaloi. Bahan2 yang digunakan pun tak banyak. Che mat guna 2 biji mangga saiz sederhana yang masak ranum. Untuk menggantikan gula, che mat masukkan kurang lebih 4 - 5 titis stiva. Tapi dalam resipi che mat tulis guna gula. Sedap dimakan sejuk dan kalau nak buat untuk berbuka puasa, sila buat awal, pagi pun takpe, lepas tu simpan dalam peti sejuk, barulah terasa nikmatnya ketika makan waktu berbuka puasa nanti...Jomm kita semak resipi di bawah ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji buah mangga yang masak ranum
1/4 cawan gula halus, boleh kurangkan satu camca besar jika tak suka manis
200 ml whipping cream, disejukkan
2 camca teh rata gelatin halal
1/4 cawan air panas
Sedikit isi buah mangga yang dipotong kiub, untuk hiasan
Sedikit daun pudina, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas buang mangga, dan ambil isinya. Masukkan ke dalam alat pengisar atau blender, tambah gula dan kisar hingga hancur dan gula larut dan alihkan ke dalam mangkuk besar. Sementara itu, masukkan gelatin halal ke dalam 1/4 cawan air panas, kacau dan biar hingga gelatin larut, kurang lebih 5 minit. 
  2. Masukkan whipping cream ke dalam mangkuk pengadun dan putar pada kelajuan tinggi sehingga whipping cream kental dan matikan mixer. Jangan terlebih pukul, nanti whipping cream akan cair. Ketepikan.
  3. Tuang gelatin yang telah larut tadi ke dalam mangkuk berisi mangga kisar tadi, gaul rata dengan spatula hingga sebati. Kemudian masukkan pula whipping cream yang telah dipukul hingga kembang tadi. Gaul perlahan dengan spatula hingga semua sebati.
  4. Tuang ke dalam bekas sesuai (contohnya, gelas berkaki atau mangkuk2 comel)  dan sejukkan dalam peti sejuk hingga mousse keras. Masa nak hidang tu, hiaskan dengan buah mangga yang telah dipotong kiub dan selitkan daun pudina. Sedia untuk dinikmati ketika berbuka puasa nanti. Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.