Assalammualaikum, salam Ramadan, hari ni dah masuk hari ke 3 kita berpuasa. Dan banyak kawasan dah mula hujan terutama bila petang. Harap semua berhati2 tak kira di jalan raya atau pun di mana juga terutama mereka yang berkunjung ke bazar2 Ramadan, kenalah jaga SOP. Hari ni untuk berbuka puasa, che mat buat resipi ringkas iaitu kerabu mangga sama ayam. Resipi memang senang dan kalau boleh masa nak berbuka puasa nanti baru dicampur semua dan gaul rata. Oleh sebab che mat nak ambik gambar untuk blog, jadi aku bancuh lah sikit. Masa bancuh ni pun meleleh wakk air liur, kecur ok dengan bau aroma mangga muda sos dia yang masam manis tu. Tambah pulak isi ayam yang telah kita goreng rangup. Kalau ratah macam tu saja pun memang dah sedap sangat. Untuk resipi ni che mat guna 2 biji mangga mengkal saiz sederhana dan 1 keping dada ayam. Ini antara resipi yang harus anda cuma, in sha Allah, tak menyesal....Jomm kita semak resipi di bawah ini...
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji mangga saiz sederhana yang mengkal dan keras
1 batang lobak merah saiz kecik
1 pokok daun ketumbar, dihiris
1 biji bawang besar
2 biji cili padi merah, hiris halus
1 biji cili padi hijau, hiris halus
1 keping dada ayam
1 cawan tepung goreng ayam, sebarang jenama
1 camca teh bijan yang telah digoreng tanpa minyak
Sedikit kacang tanah tumbuk untuk hiasan
Daun salad untuk hiasan
BAHAN-BAHAN SOS :-)
2 camca besar sos cili Thai
1 camca besar penuh sos tomato
2 camca besar sos plum
1/2 camca besar sos ikan
2 camca besar air panas
1 biji limau nipis, perah jusnya
1 camca besar gula (che mat tak taruk gula)
CARA MEMBUATNNYA :-)
- Buang mangga dikupas kulitnya, cuci dan lap kering, kemudian disagat kasar memanjang. Lobak merah dikupas dan disagat sama seperti mangga muda tadi. Bawang besar dihiris halus dan leraikan. Ketepikan dan simpan dalam peti sejuk.
- Dada ayam dibelah dua menjadi kepingan yang nipis. cuci dan lumur dengan tepung berperisa yang di tambah sedikit air hingga rata dan perap 10 minir. Kemudian gaulkan sekali lagi dengan tepung yang kering hingga rata. Goreng hingga masak, angkat dan ketepikan. Biar hingga sejuk dan potong kecil.
- Dalam periuk kecil, masukkan semua bahan2 untuk sos kecuali jus limau nipis. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Matikan api dan masukkan jus limau nipis, kacau rata dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan bijan dan hirisaan cili padi merah dan hijau ke dalam sos, kacau hingga rata.
- Dalam mangkuk besar. masukkan mangga muda dan lobak merah yang telah disagat tadi, bawang besar hiris, daun ketumbar dan ayam yang telah dipotong kecil. Tuangkan sos secukupnya dan gaul lagi hingga semua rata. Alihkan ke dalam bekas sesuai yang telah dilapik dengan daun salad. Kemaskan dan tabur kacang tanah tumbuk sebelum dihidangkan untuk berbuka puasa...Selamat mencuba!
0 Comments