RESIPI KUIH SERI MUKA

RESIPI KUIH SERI MUKA

Assalammualaikum, salam 6 Ramadan semua. Plan berbuka apa hari ni? Che mat masak yang ringkas2 ajer, ingat untuk berbuka hari ni nak goreng kuey teow dan masak nasi serta sedikit lauk untuk mak che mat. Dia bukan penggemar kuey teow, jadi kita masakkan lah yang lain. Tadi pagi macam teringin pulak makan kuih seri muka. Pulut pun ada, maka che mat rendam lah pulut dan buat kuih seri muka sebagai cemilan manisan untuk berbuka nanti. Tapi buat tak banyak, 1/2 dari resipi asal dan gunakan loyang 5 segi berukuran 8 x 4 x 3 inci (resipi yang akan che mat tulis ni resipi asal). Kuih seri muka dalam gambar tu pulut dia agak tebal dan kepala atau kastard dia sedikit nipis. Mak che mat suka yang jenis macam, ada orang suka atas dia tebal dan ada yang suka lebih pulut. Dan kebetulan bunga telang ada pulak kat pokok jadi che mat petik dalam 25 kuntum, tumbuk dan ambik airnya dan sudu2kan atas pulut. Lawa kan ada kaler biru2 lembut macam tu, dah jadi kuih ala2 orang peranakan baba nyonya. Kalau nak buat, kuih2 macam ni, kena buat awal sebab nak dapat potongan yang elok dan kemas, kena tunggu kuih betul2 sejuk. Tanyalah mana2 pembuat kuih2 tradisional, semua akan cakap benda yang sama. Kalau teringin nak mencuba, jomm semak resipi kat bawah ni..

BAHAN-BAHAN BAHAGIAN BAWAH :-)
350 gram pulut, cuci dan rendam 2 jam, toskan
1 helai daun pandan, cuci dan kerat
230 ml santan sederhana cair*
3/4 camca teh garam*(*disatukan dan kacau rata)
25 - 30 kuntum bunga telang
1 camca besar air

BAHAN-BAHAN BAHAGIAN ATAS :-)
300 ml santan segar, sederhana pekat
3 biji telur gred B
4 helai daun pandan, cuci dan kerat kecik
140 gram gula pasir 
4 camca teh rata tepung jagung
2 camca besar rata tepung gandum
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau makana, jika suka (che mat tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukus, sediakan tin berukuran 8 x 8 x3 inci, sapu rata dengan sedikit minyak makan dan alas dengan aluminium foil, lebihkan pada kiri dan kanan tin agar senang nak keluarkan kuih bila masak nanti. 
  2. Masukkan pulut, daun pandan dan santan, kacau rata dan kukus 20 minit. Sementara itu bunga telang ditumbuk lumat, masukkan satu camca besar air, kacau dan perah, tapis jusnya. Buka tutup pengukus, sudukan jus bunga telang tadi ke beberapa bahagian pulut, dan sambung kukus untuk 5 minit lagi. Kemudian gemburkan pulut  dan tekan hingga padat.
  3. Untuk bahagian atasnya, kisar daun pandan dengan gula dan santan hingga hancur. Tapis ke dalam mangkuk bersih. Masukkan telur, tepung jagung, tepung gandum dan pewarna makanan hijau, jika guna. Kacau rata dengan whisk hingga semua rata dan sebati.
  4. Tapiskan ke dalam bekas tahan panas, masak atas api kecil atau boleh guna guna kaedah double boiler (tenggekkan bekas tadi atas periuk air mendidih), kacau hingga nampak pekat, pastikan dikacau rata2. 
  5. Kemudian tuang atas pulut ratakan dan sambung kukus selama 20 minit lagi dengan api sederhana, Jangan lupa tutup kukus dibalut dengan tuala dapur bersih. Bila kuih masak, biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong. Siap untuk dihidangkan ketika berbuka puasa nanti...Selamat mencuba!
CATATAN MAT GEBU :- Sebab che mat buat 1/2 dari resipi di atas tu, che mat skip part panaskan bahagian atas kuih terlebih dahulu, maksudnya, lepas che mat bancuh untuk bahagian atas, tapis dan terus tuang atas pulut. Satu lagi che mat gunakan 2 biji telur gred B.. 

RESIPI KUIH SERI MUKA RESIPI KUIH SERI MUKA Reviewed by Mat Gebu on 4/18/2021 02:58:00 PM Rating: 5

1 comment:

  1. cantik kjadiannya, my favorite..Pernah buat sekali..hat yg atas tak berapa jadi, tk tau bila nk try lgi kiciwa tul...tq for sharing the recipe..

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.