RESIPI TART KEJU BUAH - BUAHAN

RESIPI TART KEJU BUAH - BUAHAN

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni Selasa dah masuk 2 Mac 2021, sekejap giler, rasa macam baru sangat kita sambut tahun baru 2021, tau2 dah masuk suku pertama tahun 2021. Kata orang, akhir zaman macam ni lah, masa semakin pantas bergerak, apa tah lagi dengan keadaan sekarang dengan kes covid yang tak menentu. Moga satu ketika nanti semua ini akan berakhir dengan kebaikkan, insha Allah. Hari ni che mat nak kongsikan satu resipi cemilan yang senang dibuat dan rasa dia cukup lah sedap. Kalau makan lebih boleh jahanam diet, tapi serius memang tak boleh tahan. Tart keju buah2an ni che mat pernah buat dulu, tapi tu jam buat dalam bekas besar. Kali ni buat dalam bekas2 comel pulak. Tart shell tu bukan che mat buat, tapi jiran kami beri. Dia memang menjalankan perusahaan membuat tart shell dan diedarkan dikedai2 bakery sekitar Kulai dan beberapa tempat lain. Atas permintaan, beliau keluarkan bentuk tart shell yang baru, yang lebih 'clean' dan elegant. Kalau pesen lama tu kan berbiku2, tapi yang ni kemas dan nampak up to date. Serius che mat suka yang corak ni, lawa...


Tempoh hari dia ada kasi che mat untuk percubaan. Dari segi rasa, tart shell tu memang tak boleh dinafikan lah memang sedap dan rapuh. Wangi pun yea juga, tart shell yang che mat guna ni saiz dia kurang lebih 3 inci kalau tak silap. Dan inti dia kita boleh pelbagaikan ikut citarasa sendiri. Untuk buah2an segar tu, che mat guna strawberry, blueberry, kiwi dan buah mangga. Rasa lemak keju krim bila bergabung dengan rasa buah2an segar tu memang tak boleh bawak bincang, sedap giler. Kalau ikutkan nafsu, tak cukup 1, sekurang2nya 2, tu pun kalau tak sedar diri, mau termakan 3 biji! Tart shell tu kalau rajin boleh juga buat sendiri, nanti che mat sertakan link resipi terdahulu, kat situ ada resipi tart shell. Ok, jom kita semak resipi, kalau rajin boleh lah buat untuk hidangan minum petang atau hi-tea dengan keluarga tercinta...Jommm kita mulakan..

BAHAN-BAHANNYA :-)
Tart shell 'readymade' secukupnya atau boleh buat sendiri, rujuk disini
200 gram krim keju
5 camca besar whipping cream
1 kuning telur gred A
1 camca besar penuh mentega
1 camca besar penuh gula aising
1 camca teh esen vanilla
Sedikit dusting powder, untuk hiasan

BUAH-BUAH SEGAR :-)
Buah kiwi, dipotong kiub
Buah strawberry, dipotong kiub
Buah mangga, dipotong kiub
Buah blueberry secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 150C. Putar krim keju, mentega, whipping cream, kuning telur, gula aising dan esen vanilla hingga bersatu dan berkrim. Kemudian, sudukan ke dalam tart shell 3/4 penuh, buat hingga semua selesai.
  2. Susun campuran buah2an segar yang telah dipotong kiub tadi, serba sedikit dalam setiap tart shell yang berisi bancuhan keju. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit. Bakar di rak tengah, kurang lebih 25 minit. 
  3. Keluarkan dari oven dan sejukkan tart atas jaringan. Biar betul2 sejuk dan ayakkan sedikit dusting powder atasnya sebagai hiasan sebelum dihidangkan. Simpan tart dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan. Paling sedap dimakan setelah didinginkan...Selamat mencuba!

RESIPI TART KEJU BUAH - BUAHAN RESIPI TART KEJU BUAH - BUAHAN Reviewed by Mat Gebu on 3/02/2021 11:00:00 AM Rating: 5

1 comment:

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.