RESIPI KUIH TALAM UBI

RESIPI KUIH TALAM UBI

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni macam terajin sikit, jadi untuk minum petang, che mat buat kuih talam ubi. Buatnya bukan lah petang, tapi tengah hari tadi lepas siap masak. Kuih2 tradisional paling elok dibiarkan betul2 sejuk, baru cantik dipotong, takde lah bersememeh ajer. Kuih talam ubi antara kuih tradisional orang kita yang che mat suka. Kata orang, sedap lagi boko ubi, sebenarnya rupa paras kuih talam ubi dan boko ubi tu lebih kurang sama cuma boko ubi lebih lembut dan dibuat dalam
bekas. Mana kala kuih talam boleh dipotong. Selera masing2, ada yang suka kuih talam dan ada yang suka boko ubi. Resipi kuih talam ubi ni che mat setia gunakan resipi yang sama. Kalau ada pun cuma sukatan gula dikurangkan sedikit dari resipi asal. Bahagian ubi tu, che mat guna parutan ubi pulut, pokok ubi pulut daunnya kecil2 dan runcing berbeza dari daun pokok ubi biasa. Tak kisah sebenarnya nak guna ubi jenis apa sekali pun, sebabnya ubi tu diparut, bukan kita rebus, jadi tak perlu bimbang ubi empuk atau tidak. Satu lagi, rasa che mat sekarang dah ada jual ubi parut frozen, lagi mudah kerja, yea dak.

RESIPI KUIH TALAM UBI

Resipi talam ubi ni che mat guna loyang bulat saiz 10 inci, jenis dasar tin boleh ditanggalkan. Kalau yang buat 1/2 bahagian, ok kot guna loyang 4 segi, 7 inci x 7 inci x 3 inci. Seperti biasa, dasar tin kita lapik dengan plastik bersih dulu untuk memudahkan kita keluarkan kuih bila dah masak nanti. Selain buat dalam loyang, kuih ini juga kita boleh buat dalam acuan kecil2, cuma agak rumit sedikit lah. Tapi waktu mengukusnya cepat. Kuih talam ubi ni makan sejuk2 pun sedap, dengan rasa manis2 gula melaka pada bahagian ubi dan lemak2 masin santan pada bahagian kepala kuih, sedap sangat. Makan satu sah2 tak cukup. Nak cuba buat sendiri, jom kita semak resipi berikut...

BAHAN-BAHAN UBI :-)
600 gram ubi kayu parut
70 gram gula melaka, dihiris halus
100 gram gula pasir (boleh tambah lagi 50 gram jika suka manis)
160 ml santan cair
Beberapa titik pewarna makanan coklat (atau boleh ganti dengan sedikit kicap pekat)
1 helai daun pandan, disimpul

BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS :-)
600 ml santan sederhana cair
70 gram tepung beras
50 gram tepung gandum
1/2 camca besar tepung ubi
1 camca teh rata garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK LAPISAN UBI :- Satukan kesemua bahan2 kecuali ubi ke dalam periuk. Masak dengan api kecil hingga gula larut, kacau sekali sekala. Sejukkan dan tapis. Sementara itu panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan tuala dapur bersih. Alas loyang bulat berukuran 10 inci dengan plastik bersih dan sapukan sedikit minyak makan pada permukaan plastik tadi.
  2. Gaulkan air gula yang telah ditapis dengan ubi kayu parut hingga rata dan sebati. Tuangkan ke dalam loyang, ratakan dan kukus dengan api sederhana selama 20 minit.
  3. Sementara itu, kita siapkan bahagian atas kuih (bahagian kepala). Satukan ke semua bahan2 lapisan atas dalam bekas, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tapiskan ke dalam periuk. Masak dengan api kecil sambil dikacau hingga bancuhan tadi suam.
  4. Matikan api, kacau rata dan tuang perlahan2 dalam loyang berisi ubi tadi. Sambung kukus selama 25 minit dengan api sederhana hingga kuih masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong, dan boleh hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.
CATATAN MAT GEBU :- Jika guna santan kotak (kotak kecik yang 200 ml), ambil 50 ml dan tambah air hingga mendapat sukatan 160 ml santan cair untuk bahagian ubi. Baki santan ditambah air hingga menapat sukatan 600 ml untuk bahagian atas kuih... Selamat mencuba!
RESIPI KUIH TALAM UBI RESIPI KUIH TALAM UBI Reviewed by Mat Gebu on 12/28/2020 04:29:00 PM Rating: 5

No comments:

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.