Assalammualaikum, salam semua dan rasanya masih tak terlambat che mat nak ucapkan selamat tahun baru masihi 2021. Dan dalam masa sama, negeri2 pantai timur termasuk sebahagian Negeri Johor dilanda banjir. Moga bencana alam ini cepat pulih tak lupa juga covid19, dengan kes yang makin bertambah, amat merisaukan. Harap2 vaksin yang bakal kerajaan kita bawak masuk nanti dapat mengekang masalah ini. Semuanya atas kehendak Allah swt, kita sebagai hambanya hanya mampu berusaha, tawakal dan berdoa. In sha Allah semuanya akan baik2 saja nanti. Hari ni che mat nak kongsikan resipi kek kukus. Semalam entah kenapa teringin sangat nak makan kek kukus, biasanya che mat buat masa raya, tapi semalam keinginan tu tak boleh nak dibendung lagi. Bahan2 pun dah ada, jadi kita on lah projek mengukus.
Kali ni che mat tak guna resipi yang biasa che mat buat tu, tapi kita guna resipi lain pulak. Dan satu yang berbezanya, selain teknik membuat, bahan2 seperti gula jika kita kurangkan, boleh menjadikan kek kukus kurang lembap, tak moist. Maka resipi yang ini, sukatan dia memang tak kurang satu apa pun (cuma jenis gula dia saja che mat tak guna gula pasir putih), ikut 100% dan hasilnya alhamdulillah, sedap dan moist. Mungkin jika kek dibiarkan 3 - 4 hari, ia jadi lebih lembap. Sukatan buah2an kering dia juga agak banyak dari resipi yang biasa che mat buat. Biasanya dulu guna cream method, tapi yang ni guna jenis masak dalam kuali, macam yang selalu orang lain buat tu. Satu lagi, kualiti mentega juga memainkan peranan penting dalam pembuatan kek kukus ni. Dari dulu, untuk kek kukus dan kek lapis, mentega golden churn menjadi pilihan. Tapi ok juga nak guna mentega brand lain. Cuma nak kasi tau, kalau brand 'buttercup' tu bukan mentega yea, buttercup tu cuma jenama dia saja. Dia lebih kepada majerin...
Che mat guna gula better brown rendah glisemik sebagai ganti gula pasir. Gula ini rasa dia kurang sedikit manisnya dan lebih sihat katanya. Cuma bila guna gula ni, kek akan jadi gelap sedikit dan jangan masak lama sangat sampai jadi terlampau hangus masa buat karamel tu. Tapi kalau nak guna gula pasir biasa pun tak salah, boleh saja. Apa2 pun tepuk dada tanya selera lah yea. Ok, jomm semak resipi, selamat mencuba!
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram gula pasir (che mat guna gula yang macam dalam gambar atas tu)
500 gram mix dried fruit
1/4 cawan kepingan badam
3 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
250 mentega (golden churn)
50 ml air panas
1 camca besar penuh pati oren sunquick
350 gram tepung gandum*
1 1/2 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh rata cream of tartar*
1 camca teh rata serbuk biji pala*(*disatukan, gaul rata dan diayak 3 kali)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masak gula dalam kuali dengan api kecil hingga menjadi karamel, pastikan jangan sampai hangus sangat, nanti pahit. Matikan api dan perlahan2 masukkan air panas sedikit demi sedikit dan kacau rata. Hidupan api dan masak semula hingga karamel cair dan matikan api. Masukkan mentega, kacau rata dan biarkan mentega cair.
- Masukkan mix dried fruit, kepingan badam dan pati oren sunquick, gaul rata dan biarkan sejuk. Sementara itu masukkan telur ke dalam blender, tambah esen vanilla dan blend hingga telur kembang dan berbuih. Tuang ke dalam adunan mix fruit tadi dan gaul rata.
- Sementara itu panaskan kukusan, lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar dan tepi tin dengan kertas minyak. Lenser juga kertas minyak tadi. Ketepikan.
- Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis ke dalam adunan mix dried fruit tadi sambil digaul hingga sebati. Tuangkan ke dalam tin, ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus dengan api sederhana selama 3 jam (jangan guna api kuat, nanti kek jadi kering). Kemudian kecilkan api dan kukus 1 jam lagi.
- Bila kek masak, biarkan sekejap dan hingga suam dan boleh keluarkan dari tin. Biarkan kek sejuk atas jaringan sebelum dipotong (guna pisau tajam untuk mendapat potongan kek yang kemas). Bungkus kek yang telah sejuk dengan plastik cling dan boleh disimpan dalam bekas bertutup. Pastikan kek disimpan dalam keadaan terbalik agar lebih lembap.
3 Comments
Kek kukus buah ni ako kureng sket... tapi klu ko buat kek kukus sarang semut.. perghhhh ako lompat terjah umah ko dgn segera hehehhe
ReplyDeleteSedapnya kek kukus! Jemput join GA saya untuk menang wallet free original brand F.timber & Nichi :) http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html
ReplyDeleteSenang cara buat ni.nk cuba.mesti sedap
ReplyDelete