RESIPI MASAK LEMAK REBUNG CILI HIDUP

 Assalammualaikum, salam Sabtu. Tengah sibuk di dapur ke tu? Hari ni che mat nak kongsikan resipi masak lemak rebung cili hidup. Jangan panik, nama ajer lain, tapi masakan dia sama saja macam masak lemak biasa cuma guna cili hidup ( cili merah ). Kali ni che mat guna rebung buluh betong, rebung yang telah siap disiang, disagat dan dicelur ini pemberian sauduara che mat. Itulah rezeki kata orang, mak che mat memang ada sebut2 nak makan rebung masak lemak, tapi dia taknak rebung madu atau rebung aur. Nak rebung buluh betong juga, entah macam mana, rumpu buluh betong kat rumah saudara kami tu boleh ada puluh sebatang rebung. Maka dapatlah mak merasa. Untuk rencah, che mat masukkan udang harimau saiz sederhana besar dalam 6 ekor macam tu. Udang tu beli dah lama, dekat 2 bulan tapi alhamdulillah masih segar. Tips dia, lepas beli tu asing2kan dan masukkan ke dalam bekas atau container, pastikan bekas tu tak bocor. Kita budgetlah sekali masak nak guna berapa ekor, dah isikan dalam setiap bekas tadi. Macam che mat sekali masak guna 6 - 8 ekor, tu kalau udang saiz sederhana, kalau saiz besar guna 4 - 6 ekor. Lepas dah isi dalam bekas, masukkan sedikit gula (anggaran 1/2 camca teh untuk setiap bekas) dan tuang air hingga udang tenggelam. Terus masukkan dalam freezer, kasi beku. In sha Allah, 5 - 6 bulan pun udang tu masih segar. Ok, jomm kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Rebung secukupnya (anggaran 4 - 5 cawan rebung yang telah siap dihiris atau disagat nipis)
6 ekor udang saiz sederhana besar (che mat guna udang harimau)
1 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 kiub ikan iblis (optional)
3/4 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
4 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
2 inci kunyit hidup
3 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebung dicuci dan toskan, kemudian rebus dalam air mendidih yang dimasukkan sedikit garam. Rebus hingga rebung lembut, toskan hingga kering. Udang digunting muncung tajamnya dan juga kaki2 kecil. Bersihkan kotoran dibahagian dalam kepala udang, cuci dan ketepikan.
  2. Masukkan rebung dan serai ke dalam periuk. Tambah bahan2 kisar halus dan kacau rata. Tuang air hingga rebung tenggelanm dan masak hingga mendidih. Masukkan kiub ikan bilis dan asam gelugor. Masuk udang, kacau dan masak hingga udang berubah warna.
  3. Tuangkan pati santan, kacau hingga rata dan sederhanakan api. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (kalau guna serbuk perasa, tak perlu taruk gula). Kacau sentiasa agar santan tak berkepala. Akhir sekali masukkan daun kunyit, masa sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas, sambal belacan, ikan masin @ ikan goreng dan ulam-ulaman jika suka. Selamat mencuba!
RESIPI MASAK LEMAK REBUNG CILI HIDUP RESIPI MASAK LEMAK REBUNG CILI HIDUP Reviewed by Mat Gebu on 8/08/2020 11:30:00 AM Rating: 5

1 comment:

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.