RESIPI AYAM BLACK PEPPER

Assalammulalikum, salam semua. Hari ni cha mat tergerak hati nak update blog dengan entri baru. Bila buka blog untuk isi entri baru, ehh, keadaan dia dah berbeza, rasa kekok pulak, sebab dah bertahun dengan gaya terdahulu. Kadang2 pembaharuan ni ada masa menyulitkan juga kan. Tapi tak pelah, sekurang2nya masih boleh update blog. Menu hari ni amat simple dan che mat ada masak 2 jenis lauk, yang 1 lagi tu esok2 lah yea kita masukkan entri. Menu ringkas hari ni ialah ayam black pepper atau ayam masak lada hitam. Selain ayam, boleh gantikan dengan daging, kan ada yang dapat daging korban baru2 ni, kalau masak black pepper pun sedap, apa tah lagi daging fresh. Che mat guna ayam dalam 1/2 ekor, ayam kampung muda, tu pasal nampak sikit ajer. Biasalah ayam kampung kan saiz dia sederhana tak besar macam ayam daging. Kalau timbang kurang lebih 600 gram macaam tu. Kalau rumah ramai, bolehlah masak seekor. Ruma che mat cuma ada 3 orang saja, tu pun entah2 sampai esok baru habis. Ayam black pepper ni che mat buat berkiuag sedikit, sebab nak makan dengan nasi panas2 yang dimasak lembut, dapp kan, gitu lah kalau kat rumah ada baby tua yang gigi tak berapa nak kuat (kita lah tu.....). Bagi yang nak mencuba, boleh semak resipi di bawah ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, dipotong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
3/4 camca teh garam*(*disatukan dan gaul rata dan perap 15 minit)
1 inci halia, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 biji capsicum merah, dipotong besar2
1/2 biji capsicum hijau, dipotong besar2
1 batang leek, kerat kecil dan rendam
1 biji bawang Holland, hiris kasar
1 camca teh penuh tepung jagung*
1/2 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
1 cawan air

BAHAN-BAHAN SOS :-)
1 camca besar penuh lada hitam biji, tumbuk hancur, toksah sampai halus
3 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat Jalen
1 camca teh minyak bijan
2 camca teh maggi sesoning
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam yang diperap tadi, digorang separuh masak, angkat dan toskan. Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan. Tumis halia, bawang putih dan leek (toskan dulu air rendamannya) hingga wangi. Masukkan ayam yang digoreng tadi, gaul rata dan masak 2 - 3 minit.
  2. Sementara itu, satukan semua bahan2 sos ke dalam mangkuk dan kacau rata hingga semua sebati dan tuangkan ke dalam kuali berisi ayam, gaul rata dan tambahkan lagi 1 cawan air. Kacau, sederhanakan api dan tutup kuali. Biar hingga ayam masak.
  3. Masukkan bawang Holland, capsicum merah dan hijau, gaul rata dan masak sekejap. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung tadi, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa, jika kurang masin, boleh tambah sedikit garam atau kicap cair (che mat tak tambah apa2, sebab dah ok rasa masin dia). Matikan api dan boleh diangkat. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas2 dengan nasi puttih. Selamat mencuba!
RESIPI AYAM BLACK PEPPER RESIPI AYAM BLACK PEPPER Reviewed by Mat Gebu on 8/07/2020 12:25:00 PM Rating: 5

No comments:

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.