RESIPI KUIH LAPIS


Assalammualaikum, salam semua. Hari dah masuk 9 Ramadan 1441 Hijrah. Rasa macam baru sehari dua kita mula berpuasa, eh, tau2 dah lepas seminggu. Diam tak diam esok dah nak raya ajer. Harap2 tahun ni kita beraya patuhlah pada pergerakkan terkawal. Toksah nak beraya sangat, terutama part ziarah menziarahi tu, buat masa sekarang ni amat2 tak sesuai. Berhubung melalui telefon atau video call dah memadai dari kita dijangkiti atau menjadi penyebab orang lain berjangkit covid19. Tak pasal2 ada klaster aidilfitri pulak nanti. In sha Allah panjang umur, jika Allah izinkan, tahun depan harap2 kita boleh beraya seperti normal. Hari ni che mat bikin kuih lapis atau ada yang panggil kuih genggang. Awal pagi dah buat, bukan apa, kuih2 tradisi ni kena buat awal, baru masa nak makan nanti kuih senang dipotong dan potongannya juga kemas dan senonoh, takde lah herot tak tentu arah, betul tak. Resipi memang senang dan che mat buat ni pun sekejap saja dah siap. Jomm kita semak resipi kat bawah ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan santan (guna 1 kotak 200 ml santan KARA + air, sampai dapat 2 cawan - 500 ml)
1 helai daun pandan, kerat kecik
1/4 camca teh garam
1/2 cawan gula pasir (che mat kurangkan 2 camca besar)
1/2 camca besar minya masak
3/4 cawan tepung beras cap teratai
1/4 cawan tepung gandum
1 camca besar penuh tepung ubi
Air secukupnya
Pewarna merah makanan secukupnya

 CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan santan, daun pandan, garam dan gula ke dalam periuk. Masak hingga gula hancur, tak perlu sampai mendidih, panas sikit pun dah ok. Sejukkan dan tapis santan tadi.
  2. Masukkan kesemua jenis tepung ke dalam mangkuk besar dan gaul rata. Tuang santan yang telah sejukkan dan kacau hingga semua sebati. Tapis adunan tadi, tambah minyak makan dan kacau rata. Sukat bancuhan tadi dan tambah sedikit air hingga mendapat sukatan sebanyak 700 ml.
  3. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan tuala dapur bersih. Lenser tin berukuran 8 x 4 x 3 inci dengan minyak masak dan alas dengan aluminium foil atau plastik (che mat alas dengan aluminium foil dan lebihkan sedikit bahagian kiri dan kanan untuk lebih senang keluarkan kuih bila dah masak nanti). Lenser juga aluminium foil tadi dengan minyak makan atau majerin. 
  4. Bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian, 1 bahagian 400 ml dan 1 bahagian 300 ml. Yang 300 ml dibiarkan putih tanpa warna. Dan yang 400 ml kita warnakan dengan warna merah makanan. Kacau rata.
  5. Masukkan tin ke dalam kukus, dan biarkan panas sekejap. Tuang adunan merah sebanyak 100 ml, dan kukus 5 minit hingga masak, api sederhana. Kemudian tuang pula adunan putih sebanyak 100 ml dan kukus lagi hingga masak, kurang lebih 5 - 6 minit, nak tau masak bila permukaan kuih kelihatan pucat. Buat berselang seli dan akhir sekali untuk lapisan merah, kita masukkan sedikit lagi pewarna makanan merah dalam adunan akhir agar jadi merah pekat. Tuang dan kukus selama 20 minit hingga kuih betul2 masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong dengan pisau plastik yang disapu sedikit minyak makan. Boleh hidangkan ketika berbuka puasa, nanti. 
CATATAN MAT GEBU :- Kalau guna santan segar, tak perlu tambah minyak makan. Dan satu lagi tips nak dapat permukaan lapisan yang mulus, sebelum kita tuang adunan ke dalam tin, tapis lagi sekali agar adunan tidak berbuih. Selamat mencuba!


Post a Comment

3 Comments

  1. Wowww mengancam sungguh kuih lapis ko Mat uiii..geram nengokkk..

    ReplyDelete
  2. Masya ALLAH...CANTIKNYA kueh awak CM.
    Terima kasih kerana mengongsi resepinya. Insyaa ALLAH saya akan cuba membuatnya tapi hari nie saya nak cuba resepi Kueh Bakar dari blog awak untuk juadah berbuka puasa lah🙂

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.