RESIPI AGAR-AGAR COKLAT SUSU


Assalammualaikum, salam 6 Ramadan 1441 Hijrah. Hari ni che mat buat agar2 lagi. Entah kenapa, puasa2 ni nak makan pencuci mulut yang sejuk. Entri sebelum ni pun agar2 juga kan, Dah ada yang mencuba ke? Kalau tanya che mat resipi agar2 yang lepas tu sedap ke tak? Secara jujur not bad lah, sedap cuma agak manis sikit. Tu pun che mat dah kurangkan gula, kalau ikut resipi asal, sah2 manis giler. Hari ni che mat buat agar2 lagi, tapi yang ni lagi comey dan harap2 sedap lah. Sekali pandang dah menarik kan, dengan 4 lapisan warna coklat dan lapisan akhir pula dari susu. Acuan yang che mat guna ni agak besar dan agar2 jadi rendah sikit. Kalau guna acuan lebih kecik, lagi cantik. Guna acuan yang berkapasiti 1.2 liter atau 5 cawan. Corak acuan tu boleh ikut suka masing2 nak guna yang macam mana. Kalau nak buat dalam loyang 4 segi pun boleh, cantik juga bila potong, nampak kemas ajer....

Nampak macam susah kan, mula2 che mat tengok pun macam susah dan leceh, tapi bila dah buat, takde lah susah mana. Che mat guna 1 paket (10 gram) agar2 serbuk tanpa warna. Agar2 tu nanti kita bagi 4 bahagin, kurang lebih 1 camca teh setiap bahagian. Satu pesan che mat, kalau nak buat agar2 atau sebarang hidangan pencuci mulut yang kita perlu hidangkan sejuk, silalah buatlah awal2, lepas tu simpan dalam peti sejuk. Dengan cara tu kerja kita lebih teratur dan takde lah jad tak tentu arah, nak buat tu, nak buat ni, lepas tu tengok jam pulak dah jam 7 malam. Belum siap hidangkan meja, eh, dah kedengaran azan....Sah2 stress dan pening yea dak. Che mat selalu akan aturkan kerja, mana yang perlu dibuat awal, kita buat awal, mana yang senang2 tu boleh lah dikemudiankan. Gitu lah kesahnya. Ok lah, jomm kita semak resipi, kot2 ada yang nak cuba buat..

BAHAN-BAHAN LAPISAN PERTAMA :-)
1 camca teh rata serbuk agar2
250 ml susu penuh krim (yang dalam kotak)
4 camca teh gula pasir
2 camca teh serbuk koko
25 gram coklat masakan

BAHAN-BAHAN LAPISAN KEDUA :-)
1 camca teh rata serbuk agar2
250 ml susu penuh krim (yang dalam kotak)
4 camca teh gula pasir
25 gram coklat masakan

BAHAN-BAHAN LAPISAN KETIGA :-)
1 camca teh rata serbuk agar2
250 ml susu penuh krim (yang dalam kotak)
4 camca teh gula pasir
1 camca besar penuh MILO

BAHAN-BAHAN LAPISAN KEEMPAT :-)
1 camca teh rata serbuk agar2
250 ml susu penuh krim (yang dalam kotak)
4 camca besar gula pasir
1/4 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan kesemua bahan2 untuk lapisan pertama ke dalam periuk. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga semua bahan2 larut dan mendidih. Sediakan acuan agar2, basahkan dengan sedikit air. Tuang agar2 lapisan pertama tadi dan biarkan beku.
  2. Masak pulak agar2 untuk lapisan ke dua. Sama juga macam lapisan pertama tadi, satukan kesemuanya , kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih dan semua bahan2 larut. Berhati2 tuang dalam acuan agar2, pastikan lapisan pertama tadi dah mula mengeras sebelum kita tuang lapisan seterusnya. Gunakan seduk, ceduk dan tuang perlahan2. Buat hingga siap dan bekukan.
  3. Buah kaedah sama untuk lapisan ketiga dan keempat. Biarkan hingga hilang wap panas, dan boleh masukkan dalam peti sejuk. Biar betul2 sejuk sebelum dikeluarkan. Boleh dihidangkan untuk berbuka puasa nanti. Selamat mencuba!
RESIPI AGAR-AGAR COKLAT SUSU RESIPI AGAR-AGAR COKLAT SUSU Reviewed by Mat Gebu on 4/29/2020 02:21:00 PM Rating: 5

1 comment:

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.