RESIPI AGAR-AGAR LUMUT MENTEGA


Assalammualaikum, salam Ahad semua. Diam tak diam dah masuk hari ke-3 berpuasa. Hari ni che mat teringin nak makan agar2. Dan dah lama juga teringin nak mencuba satu jenis agar2 yang boleh dikatakan terkenal juga di tanah seberang, iaitu Indonesia. Agar2 dia macam agar2 santan kat tempat kita, tapi dia ada dua lapis, satu lapisan agar2 santan dan satu lagi agar2 yang menggunakan mentega. Memandangkan bulan puasa ni, pagi pun kita tak buat apa dan kalau nak makan agar2 ke, atau pudding, elok buat seawal pagi, jadi time nak berbuka puasa nanti dah senang. Agar2 pulak memang kena hidangkan sejuk, baru nyaman lalu kat tekak, macam lebuh raya pakai smart tag, laju ajer tak de palang2 tol dah. Resipi che mat ambik kat IG, memang dah lama safe, cuma tu lah, masa bulan tak puasa, memang tak tergerak hati nak buat. Allah belum izinkan agaknya kan. Alhamdulillah, hari ni terlaksa dah...


Tadi masa che mat potong agar2 ni untuk ambik gambar, nampak cantik pulak lapisan atas yang hijau tu, macam lumut2 berterabuan. Tips dari resipi yang che mat cuba ni, dia kata kalau nak lumut tu jadi butiran halus, masa masak kena kacau selalu. Kalau nak lumut tu jadi kasar, cukup kacau sekali2 ajer. Che mat takmo lumut yang halus sangat, macam kurang menarik. Kalau kasar2 sikit macam dalam gambar tu nampak lawa kan. Rasa dia macam mana? Ha, yang tu che mat tak boleh jawab lah kena tunggu lepas bukak puasa nanti, baru tau rasa dia ok ke dak. Tapi kan dari feedback mereka yang pernah cuba, rata2 kata agar2 ni sedap dan tak muak. Apa2 pun tunggulah dah berbuka puasa nanti kita test, tengok macam mana rasanya. Harap2 sedap lah. Kalau ada yang nak mencuba, meh che mat tuliskan resipi dia di bawah ni...

BAHAN-BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
5 gram agar2 serbuk  jernih (che mat guna cap burung layang2, satu paket 10 gram, guna 1/2)
1 biji telur gred A
125 ml santan pekat
1/2 camca teh pes pandan
70 gram gula pasir (resipi asal guna 85 gram)
300 ml air
Secubit garam

BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS :-)
2 kuning telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
40 gram mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 gram susu pekat manis
2 camca besar gula pasir (che mat tak letak sebab susu pekat dah manis)
5 gram serbuk agar2 jernih (guna baki serbuk agar2 untuk lapisan bawah tadi)
350 ml air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BAHAGIAN BAWAH :- Satukan kesemua bahan2 untuk agar2 lapisan bahagian bawah, ke dalam periuk dan kacau rata hingga gula larut. Masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau sentiasa jika nak corak lumut yang halus, dan kacau sekali sekala jika nak corak lumut yang kasar. Masak hingga betul2 mendidih. Matikan api dan tuang dalam acuan agar2 pilihan yang telah kita basahkan. Biarkan beku sedikit.
  2. UNTUK BAHAGIAN BAWAH :- Dalam satu bekas, masukkan kuning telur, esen vanilla, susu pekat manis dan mentega cair. Kacau rata dengan whisk hingga semua larut dan sebati, ketepikan. Masukkan serbuk agar2 ke dalam periuk bersama air dan gula pasir (jika guna), kacau rata dan masak hingga mendidih dan agar2 larut, kecilkan api.
  3. Ceduk kurang lebih 1/4 cawan adunan agar2 tadi dan masukkan ke dalam bekas berisi bancuhan telur dan mentega, kacau rata dengan whisk, dan tuang kembali ke dalam periuk. Kacau hingga rata dan masak hingga mendidih. Matikan api, perahan2 sendukkan ke dalam acuan agar2 tadi hingga habis. Biarkan hilang wap panas, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk hingga betul2 beku. Boleh keluarkan dari acuan dan hidangkan ketika berbuka puasa. Selamat mencuba!
RESIPI AGAR-AGAR LUMUT MENTEGA RESIPI AGAR-AGAR LUMUT MENTEGA Reviewed by Mat Gebu on 4/26/2020 02:01:00 PM Rating: 5

3 comments:

  1. I used to not really like this but now it taste even better as I grow up. I wonder why haha

    ReplyDelete
  2. sedapnya. dah la tengok masa tengah hari ni

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.