RESIPI DONAT PEDAS BERKEJU

 Assalammualaikum, selamat petang semua. Hari ni che mat buat donat sekali lagi, tapi ada sedikit perbezaan dari donat biasa. Yang ni jenis savory atau tak manis, berkeju dan pedas sebab ada taruk cili merah dan cili hujau. Niat asal hari ni malas nak buat apa2, tapi pagi tadi masa kemas2 peti sejuk, boleh jumpa pulak belen keju cheddar, masih elok sebab berbungkus kedap. Cuma hujung dia saja dah keras sedikit. Jenis keju cheddar yang che mat guna ni, warna dia pekat sikit lebih kepada kaler oren, rasa keju dia agak kuat. Berbeza dari keju cheddar kuning yang biasa tu, rasa dia lebih mild atau tak berapa kuat. Tapi tak kesah, kedua2 jenis kita boleh guna. Resipi ni tak susah buat dia, kalau takde mixer, uli guna tangan pun boleh. Tapi kalau ada mixer, lagilah senang, tak payah kotor2kan tangan..

Resipi ini akan menghasilkan kurang lebih 20 biji donat, jika kita guna acuan berukuran 7 cm. Kalau rasa macam banyak, bijak2 lah buat 1/2 adunan saja dari resipi yang akan che mat tulis nanti. Satu lagi, kalau siapa2 yang suka nak tambah bawang besar yang dicincang pun boleh, gunakan bawang holland. Donut pedas berkeju juga sesuai kalau kita nak makan sama cili sos, rasa dia cukup sedap dan tak muak walaupun ada keju. Resipi asal che mat ambik kat youtube dan walaupun resipi kat youtube tu macam konfiden buat menjadi, tapi kita kena juga cuba dulu, kalau betul2 menjadi, maksudnya resipi doa orang ok dan boleh dipercayai, tu jam barulah kita boleh kongsikan. Donut pedas berkeju juga sesuai dihidangkan untuk bulan puasa nanti, time bukak puasa. Jomm kita semak resipi, sekali lagi che mat nak kasi tau, resipi kat bawah ini akan menghasilkan donat kurang kelebih 20 biji, jadi kalau nak buat sikit, boleh buat 1/2 dari resipi kat bawah ni yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 1/2 cawan tepung gandum, diayak
3/4 cawan susu segar @ susu penuh krim
1 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1 1/2 camca teh instant yeast
1 1/4 cawan parutan keju cheddar
1 biji cili merah, buang biji dan didadu
1 biji cili hijau, buang biji dan didadu
2 camca besar mentega
1 biji telur, dipukul sedikit

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan kesemua bahan diatas kecuali susu segar dan mentega, ke dalam mangkuk pengadun. Pasangkan pencangkuk doh dan putar rata pada kelajuan perlahan hingga semua bergaul mesra. Tuang susu sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan bertukar menjadi doh doh tidak melekat di mangkuk adunan. Masukkan mentega, terus menguli pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut, licin dan anjal bila dipegang. Keluarkan doh dari mangkuk adunan, uli sekejap dengan tangan. Bulat2kan doh dan letak dalam mangkuk besar yang telah disapu sedikit minyak masak. Tutup permukaan mangkuk doh dengan plastik cling dan perap selama 1 jam 15 minit.
  2. Tumbuh doh untuk membuang udara. Tabur sedikit tepung pada meja kerja dan keluarkan doh dari mangkuk adunan. Uli sekejap dan canai setebal 1/2 inci. Terap dengan cetakan donat dan alihkan ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, pastikan diberi ruang antara susunan donat tadi. Tutup dengan plastik cling dan biarkan 45 minit hingga donat kembang.
  3. Panaskan minyak untuk goreg terendam. Kecilkan api dan goreng donat tadi kurang lebih 2 minit untuk setiap permukaan, che mat goreng sekali 5 biji. Kemudian terbalikkan dan goreng lagi hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Buat kaedah sama untuk baki donat. Boleh hidang untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat mencuba!
RESIPI DONAT PEDAS BERKEJU RESIPI DONAT PEDAS BERKEJU Reviewed by Mat Gebu on April 12, 2020 Rating: 5

No comments:

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.