RESIPI ASAM PEDAS IKAN PARI SAMA NANAS

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak asam pedas, yang ni bukan atas permintaan mak che mat tapi diri sendiri yang nak. Bukan apa, terbaca satu komen di IG, di post mi hoon sup tulang yang che mat buat semalam, sup tu che mat masak sebab mak yang teringin nak makan dan satu komen yang agak kurang sedap, dia tanya betul ke mak che mat yang nak, siap kata, jangan tipu. Mungkin dia hanya bergurau, tapi gaya komen dia tu seolah2 che mat ni tulis begitu untuk meraih pujian dari orang lain. Kadang2 benda gini mungkin ok bagi sesetangah orang tapi tidak juga bagi orang lain. Apa2 pun pada puan tersebut, moga Allah buka hati dia agar tidak berada dalam keadaansyak wasangka. Bercerita pasal menu hari ni, che mat masak asam pedas ikan pari sama nanas. Lama juga tak masak asam pedas, rasa terliur pulak. Kebetulan ada nenas sebiji, jadi kita cempak masuk dalam asam pedas. Ada yang tanya, kalau ada lauk asam pedas, apa gandingan yang paling mantap. Biasanya che mat akan bikin telur dadar dan kangkung belacan atau sayur kailan ikan masin. Kalau ada ulam timun pun dah ok, masa nak makan tu jangan lupa renjiskan kicap sikit kat nasi panas....ishh tiba2 rasa lapar pulak... Resipi che mat kongsikan kat bawah ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan pari
1/2 biji nanas
1 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 genggam daun kesom, cuci dan toskan
1 camca besar pes asam jawa
3/4 cawan cili kisar
1 kiun pati ikan bilis (optional)
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
Sebesar ibu jari, belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan pari dikerat pada saiz sederhana, cuci bersih, toskan dan gaul rata dengan jus limau nipis dan garam, anggaran 1 sudu teh. Perap 15 minit, cuci kembali dan toskan. Nanas dibuang empulurnya dan hiris sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/3 cawan. Tumis serai dan bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa. Masukkan pes asam jawa , kacau dan masak sekejapp.
  3. Tuang air secukupnya, anggaran 1 liter, kacau dan biarka mendidih. Masukkan ikan pari, kiub ikan bilis dan bunga kantan, masak sekejap. Masukkan nanas diikuti lada hitam tumbuk, kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun kesom, kacau perlahan dan masak hingga nanas dan ikan pari empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas, telur dadar dan sayur kangkung belacan atau ulam2ulaman. Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.