RESIPI LEMAK UDANG SAMA PERIA KAMBAS

Assalammualaikum, salam semua. Plan masak apa hari ni. Gitulah kan kalau bertugas kat rumah. Hari ni che mat masak lemak udang sama peria kambas. Ada orang kurang suka peria kambas, sebab pahit, tapi sebenarnya rasa tu lah yang sedap. Peria kambas ni tidaklah sepahit peria katak, rasa dia pahit2 lemak. Tapikan che mat perasan, peria kambas yang warna hijau muda, kurang pahit. Satu lagi tips biasa kalau nak masak peris kambas, lepas potong tu, rendam dalam air garam, sampai masa kita nak masak, maksudnya bila kita nak masukkan peria kambas dalam kuah, baru toskan airnya. Rencah dia seperti biasa, che mat guna udang. Yang tu terpulang lah, tapi kalau nak sedap guna udang paling sesuai, cuma kalau ada gaout, minta maaf lah yea, tak sesuai, kang jalan kengkang. Harap2 che mat takde lah...huhu, seram jugak ni, asyik udang, ketam saja... Ok, lepas  cuti lah kot makan seafood, nak kena pi buat ujian darah ni....Huhu, apa2 pun dah masak, elok lah kita makan....Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 - 6 ekor udanh bersaiz besar
1 biji peris kambas
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis (optional)
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
20 biji cili padi kampung, kalau tak tahan pedas, boleh guna cili merah hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Udang dibersihkan, kerat muncung udang dan buang kotoran dikepalanya. Gunting kaki2 kecil udang, cuci dan toskan. Peria kambas dibelah dua, buang bahagian dalamnya. Belah 2 setiap belahan, dan hiris serong sederhana tebal setiap belahan. Rendam dalam air yang dicampur garam.
  2. Masukkan bahan2 kisar ke dalam periuk, masukkan asam gelugor dan air, anggaran 800 ml. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna. Toskan peria kambas, bilas dan masukkan ke dalam periuk, tambah kiub ikan bilis (jika guna) masak sekejap.
  3. Tuang santan, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula, jika suka, kacau perlahan. Akhir sekali masukkan daun kunyit, kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih, kacau sentiasa. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi putih dan lauk2 lain. Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.