RESIPI ASAM PEDAS DAGING TETEL

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak asam pedas tetel. Sebut betul2 yea, tetel bukan tete*... Dari semalam plan nak masak, tapi semalam che mat mat tak de rumah, kami keluar. Jadi tunda ke hari ini. Biasanya asam pedas tetel atau daging terkenal di Melaka. Kalau kat Johor, orang masak asam pedas ayam. Kalau diperhatikan dari bahan2 yang digunakan memang ada banyak perbezaannya. Asam pedas melaka lebih beraroma dan ditambah dengan daun limau purut. Mereka tak guna daun kesom seperti orang Johor. Satu lagi, sedikit rempah ketumbar, jintan dan halba dimasukkan untuk mendapat rasa yang unik. Lada hitam sebagai bahan pemangkin. Kalau kat Johor, asam pedas ikan mayong atau ikan duri, baru kita tambah lada hitam. Sebenarnya memasak ni bergantung pada selera masing2, takde satu undang2 pun yang menyebabkan mereka yang tak ikut 100% resipi asal akan didakwa atau dibuang negeri...hahaha, so, relaks dan memasaklah dengan hati yang gembira...Resipi asam pedas daging tetel ini che mat gunakan resipi dari Kak Ida Kitchen yang femes di FB tuuu....Jomm kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram daging tetel*
1 inci halia, hiris*
4 ulas bawang putih, diketuk*
1 camca teh garam*
Air secukupnya*(*direbus hingga tetel empuk, biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk hingga bahagian lemaknya beku. Buang lemaknya, ambil isi dan air rebusan. Ketepikan
1 biji terung, belah 2 dan hiris serong, rendam
2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
3 helai daun limau purut
2 batang serai, diketuk
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
1/2 camca besar pes asam jawa
1/4 camca teh halba
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
1 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk anggaran 1/4 + cawan). Tumis serai dan halba hingga wangi. Masukkan bahan2 kisar halus, kacau dan masak hingga wangi. Tambah cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa. Masukkan pes asam jawa dan kacau sebati.
  2. Masukkan daging tetel dan air rebusannya tadi. Tambah air jika perlu. Biarkan mendidih. Masukkan lada hitam, bunga kantan, daun limau purut dan terung (toskan dulu air rendamannya). Kacau dan masak hingga terung lembut.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan asam pedas daging tetel dengan nasi putih, ulam2man dan telur dadar. Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.