Assalammualaikum, salam semua. In sha Allah, esok kita akan mula berpuasa. Jadi hari ni che mat masak yang simple2 saja. Bulan puasa seakan2 pesta makanan pulak, bila di bazar2 muncul pelbagai jenis makanan yang jarang ada di hari2 biasa. Maklumlah nafsu makan masa tengah lapar, memang lain macam sikit, yea dak. Naga pun kalah! Bulan puasa che mat masak seperti biasa saja. Kuih2 yang manis agak kurang, tapi kalau murtabak, che mat suka. Hari ni nak berkongsi resipi orang peranakan cina yang juga boleh dihidangkan ketika berbuka puasa nanti. Sambal bendi memang sedap dimakan sebagai pembuka selera. Tapi bagi yang kurang gemar sayur bendi, minta maaf yea mungkin ini bukan resipi pilihan anda. Bagi yang nak mencuba, resipi mudah dan sedap ni, boleh semak kat bawah yea....Jangan lupa mencuba nanti. Selamat menyambut bulan Ramadan untuk semua umat2 Islam...
14 batang bendi muda
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
4 biji bawang merah kecil, hiris halus
3 biji limau kasturi, perah jusnya
BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 inci belacan, dibakar
1 ulas bawang putih, dibakar
3 biji cili merah
6 biji cili padi kampung (optional, tak suka pedas, toksah taruk)
1 camca teh gula
1/2 camca teh garam
CARA MEMBUATNYA :-)
- Bendi dicuci, kemudian toskan. Tak perlu dikerat bahagian hujung atau pangkalnya. Didihkan air, masukkan 1 camca teh garam dan beberapa titik minyak makan. Masukkan bendi dan celur 30 saat. Sementara itu siapkan bekas berisi air sejuk. Cedok keluar bendi dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk tadi. Biarkan sekejap hingga bendi sejuk. Angkat dan toskan hingga bendi kering.
- Kemudian kerat sedikit hujung dan pangkalnya (bahagian tangkai bendi). Hiris serong sederhana tebal. buat hingga semua selesai dan ketepikan.
- Dalam bekas besar, masukkan bahan2 tumbuk halus, hirisan bawang merah dan hirisan bunga kantan. Gaul rata, masukkan bendi hiris dan gaul lagi. Tambah jus limau kasturi, gaul rata dan rasa, jika ok boleh hidangkan dengan nasi panas dan lauk2 lain...Selamat mencuba!
0 Comments