Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia. Sebelum che mat teruskan bebel2 manja, ni nak kasi tau awal2, kek paun yang jadikan entri ni bukan baru bikin, tapi terjadi semalam. Plan asal bukan nak bakar kek, tapi nak mengadun roti. Tepung, yis dan segala bahan2 untuk roti dan dua tiga kali keluar masuk dalam peti sejuk, tapi mood nak meroti tak juga2 mari (walhal campak dalam breadmaker ajer bukan kena menguli bagai). Jadi semalam che mat tekat kena juga bikin sesuatu. Ok, kek dah lama tak buat dan takmo kek yang fancy2 atau yang susah dan ambik masa. Dan paling senang kita bikin kek paun, atau english pound cake. Maka terhasillah seperti yang anda nampak ni..
Kalau ikutkan kek paun memang berasal dari Negara Eropah seawal abad ke 17 lagi. Kek ini mendapat nama dari sukatan bahan2 seperti gula, tepung dan sebagainya dalam timbangan 'paun'. Tapi kalau diikutkan kek yang asli agak manis. Rahsia kek paun yang sedap, semestinya dari mentega yang berkualiti tinggi dan esen vanilla yang berkualiti juga turut memainkan peranan. Kebiasaannya kek paun dibakar dalam loaf pan atau bundt pan. Resipi asak kek paun juga anda boleh pelbagaikan, nak jadikan ia kek marble atau kek berperisa oren, pandan dan boleh juga dicampur dengan mix dried fruit atau fresh blueberry untuk kelainan. Ok, jomm kita lihat resipi dan resipi asal dari 'Joy Of Baking'.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
3 camca besar susu segar (che mat guna susu rendah lemak)
1 1/4 camca teh vanilla esen
150 gram tepung kek
150 gram gula kastor (che mat guna 130 gram)
1 camca teh baking powder
185 gram mentega berkualiti tinggi (anchor, scs. emborg, golden churn)
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C, lenser acuan bundt pan pilihan anda dengan mentega (kalau guna loaf pan, che mat cadangkan guna yang bersaiz 8 inci x 4 inci 3 inci. Sapu dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak). Ketepikan.
- Dalam satu bekas, masukkan telur, susu segar dan esen vanila, kacau dengan garfu hingga semua sebati. Ketepikan. Ayak tepung dan baking powder, masukkan ke dalam mangkuk pengadun bersama gula kastor, garam halus dan mentega. Tuang 1/2 bahagian bancuhan telur dan putar pada kelajuan sederhana hingga semuanya sebati.
- Tukar pada kelajuan tinggi dan putar selama 1 minit hingga adunan kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan 1/2 bahagian lagi bancuhan telur, putar sebati kurang lebih 30 saat. Kemudian masukkan baki telur hingga habis, Putar sekejap dan boleh matikan mixer.
- Kaup adunan kek dengan spatula agar semuanya rata. Tuang dalam acuan, ratakan kemudian dan bakar 50 hingga 55 minit atau hingga kek masak. Untuk menguji kek samada dah masak atau belum, cucuk bahagian tengah kek dengan cake tester atau lidi sate bersih, jika keluarnya bersih, tanda kek anda telah masak. Keluarkan acuan dari oven, biarkan 5 minit dan boleh keluarkan kek dari acuan, sejukkan sepenuhnya atas jaringan atau anda boleh nikmati kek paun semasa ia masih suam....Selamat mencuba!!..
6 Comments
Cik Mat...
ReplyDeleteCamana nak buat "susu rendam lemak" tu? ��
@Azita Zain - hahahaha....grrr....ok ok dah edit..terima kasih yea...'rendam lemak'...hahaha
ReplyDeleteoh typo rupanye...
ReplyDeletenampak senang je.. nak buat cake tu
kalau tak nak buat kek pound, makan je la roti pound.. :D
ReplyDeleteCan you please translate in English. Thanks
ReplyDeleteSdp giles kek ni...dh try wat...pas tu ank sruh repeat sampai dh 4 kli...tq for the resepi....😉
ReplyDelete