RESIPI PUDDING ROTI

rsz_butterscoth_bread_pudding
Cuaca panas2 ni, dapat makan pudding roti alangkah nikmatnya. Nak2 yang sejuk, dicurah sos kastard...hurmmm...nyaman sangat. Pudding roti satu menu pencuci mulut yang senang dibuat dan tak perlu banyak sangat bahan2. Che mat pernah buat sekali resipi ni dan untuk kelainan kita guna roti butterscotch 'gardenia'. Pudding roti yang anda nampak ini che mat bikin Ahad lepas, masa Sue Joshua dan Sis Linn datang, maklumlah disaat2 akhir, ku cempakkan apa yang ada dalam bekas dan bakar, maka jadilah pudding roti. Sos custard pulak che mat kurangkan gula. Tu ikut anda lah yea, nak manis, tambah gula lagi. Sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Resipi yang che mat sertakan ini untuk hidangan 4 orang, kalau anda nak buat lebih, boleh gandakan resipinya...bolehkan?....mesti boleh yea tak...Jommm, kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping roti butterscotch 'gardenia'
2 camca besar coklat cip
1 cawan susu sejat (susu sejat IDEAL)*
1 biji telur gred A*
1 camca besar gula kastor*
1 camca teh esen vanilla*
1 camca besar mentega, dicairkan*
Sedikit mentega

BAHAN-BAHAN SOS KASTARD :-)
1 cawan susu segar (atau 1/2 cawan susu sejat + 1/2 cawan air)
1 camca besar penuh gula kastor
1 camca besar penuh tepung kastard (bird's kastard)
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PUDDING ROTI :- Panaskan oven pada suhu 180C, lenser bekas kaca tahan panas berukuran 5 inci x 7 inci dengan mentega (atau guna bekas yang sesuai). Bancuh semua bahan bertanda (*) dan kacau rata dengan whisk hingga gula hancur, tapis dan ketepikan. Roti dipotong 4 setiap 1. Susun 1/2 bahagian roti dalam bekas kaca tadi, taburkan dengan 1 camca besar coklat cip. Susun baki roti dan tuang bancuhan yang ditapis atasnya. Biar sekejap hingga semuanya terserap (tekan2 sedikit dengan belakang sudu). Tabur baki coklat cip, dan tompokkan mentega pada permukaannya. Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
  2. UNTUK SOS KASTARD :- Satukan semua bahan untuk sos kastard kecuali esen vanilla. Kacau rata dan tapis ke dalam periuk. Masak dengan api kecil sambil dikacau hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Kacau sekejap dan matikan api. Biar hingga sos kastard hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk.
  3. CARA MENGHIDANGNYA :- Cedok secukupnya pudding roti ke dalam bekas sesuai (seelok2nya guna mangkuk kecil). Tuang sos kastard secukupnya dan hidangkan segera. Sedap dimakan sejuk...Selamat mencuba!!..

Post a Comment

13 Comments

  1. alahai sedapnya cikmat nampak puding tu meleleh tengok sos nya yg terendam tu..

    ReplyDelete
  2. Insya allah nak cuba nih.... tq.

    ReplyDelete
  3. wow..hujung minggu ni saya nak buat...

    ReplyDelete
  4. dalam rumah ni saye je yg suke puding roti, yang lain tak suke, hmm nak buat pun tak smgt...

    ReplyDelete
  5. Kalau roti gardenia putih tu boleh X ganti roti butterscoth?

    ReplyDelete
  6. salam che mat... just nk tanya bahan2 utk roti ..guna susu sejat mcm muskil je hihihihh.. ke susu cair ..ttlg double cfirm ..truja sgt2 nk buat nie mmg slalunya resepi che mat saya gunA..tpi tnmpk resepi lain guna fresh milk @ susu cair ....muskil22 ..tlg ya jawapkan

    ReplyDelete
  7. @aku lah - Susu sejat atau susu cair pun boleh. Tapi che mat memang suka guna susu sejat IDEAL.

    ReplyDelete
  8. Oooo ok2 paham2..hehehehe insyaAllah mggu nie try ..trima kasih byk che mat !!

    ReplyDelete
  9. Oooo ok2 paham2..hehehehe insyaAllah mggu nie try ..trima kasih byk che mat !!

    ReplyDelete
  10. Sos kastard tu...bile dh dipanaskan/sudah mendidih...dia jd pekat..memang mcm tu ke?...saya tengok dlm gmbr sos tu mcm cair je..tolong jwp secepat mungkin...��������

    ReplyDelete
  11. @ Wan Qayyum - Kalau pekat, tambah sedikit lagi susu atau air suam dan kacau rata hingga mendapat kosistensi yang diingini...

    ReplyDelete
  12. Salam en mat.. sy suka buat pusing roti ni.. suka sangat tgk mase dia tengah bakar.. naik smpai terkeluar2 dari tin.. tp kenapa bile kuar dr oven, dia turun mendadak ye? Tinggal stgh tin je tingginya.. huhuhuhu.. ade tips masa nak bakar tu?
    Terima kasih

    ReplyDelete
  13. @ Norliana Manap - memang macam tu, semua pudding roti, masa kita bakar dia akan naik, dan menurun bila sejuk.

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.