Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni che mat kena masak yang agak cerewet sikit, maksudnya bukan cara memasak, tapi penyediaan bahan2 mentahnya. Nasib baik bonda tolong siangkan ikan keli, dan keli pulak bukan dari kolam atau yang dipelihara, tapi jenis keli liar dari sungai (keli tempatan, bukan keli africa). Che mat masak 2 ekor ikan keli saiz sederhana. Mula2 plan nak teruk belimbing buluh, tapi bonda kata masak lemak tempoyak, maka ku gantikan dengan pucuk ubi yang disimpul. Yang tu ikut suka, kalau tak nak pun takpe, tak perlu taruk. Gantikan dengan petai pun sedap juga. Che mat salai dulu ikan keli tadi hingga keperangan. Anda boleh salai guna kuali atau atas bara api. Kalau guna bara api, aromanya lagi sedap dan 'tradisi'. Kali ini kita buat cara orang Negeri Sembilan masak, tak guna bawang. Ada yang tegur che mat pasal masak lemak cili padi tak letak bawang. Ok, sebenarnya che mat tau, sebab arwah nenek melayu kami orang Rembau, arwah datuk orang Labu, jadi benda2 ni semua dah biasa dalam keluarga kami....cuma bila ditegur, terima saja lah, walaupun hakikatnya kita dah tau....Ok, jomm mula masak..
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan keli saiz sederhana
1 camca besar kunyit serbuk
1 camca teh garam
10 - 12 tangkai pucuk, cuci, toskan dan disimpul setiap satu
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1500 ml santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
30 biji cili padi kampung, warna hijau
2 inci kunyit hidup
1 camca besar penuh tempoyak
1/2 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan keli disiang dan kerat 3 (ikut saiz ikan yang anda guna), kemudian gaul dengan sedikit tepung. Perap 10 minit, cuci kembali hingga bersih. Perap sekali lagi dengan jus limau nipis selama 5 minit. Cuci bersih dan toskan. Gaul ikan tadi dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Panggang atau salai hingga ikan keperangan pada kedua2 bahagian. Ketepikan.
- Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam periuk bersama serai titik dan asam gelugor. Tuang santan cair dan kacau rata. Masak hingga mendidih. Tambah pucuk ubi dan daun kunyit, masak sekejap. Masukkan ikan keli salai. Kacau perlahan dan biar mendidih.
- Tuang pati santan, kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan pucuk ubi lembut. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.
3 Comments
sedapnyer...
ReplyDeleteSedap!!! mcm mak mentua saya dia suka buat gulai lemak ni dengan belimbing buluh dan bunga kantan.. sedap betul jika digandingkan bersama.. Pucuk ubi pula dibuat goreng rangup pedas..
ReplyDeletehttp://enyyusnizar.blogspot.com/search/label/Resepi%20Emak%20Mentua
sedapnya....terimakasih Kami tunggu Lawatan baliknya di maklumat kesihatan Khasiat Jelly Gamat Gold G untuk Obat Rematik dan Obat Asam Urat info -> Cara Pemesanan Jelly Gamat Gold G
ReplyDelete