MOIST ORANGE PASSION FRUIT CAKE...

rsz_orange_passion_fruit_cake

Assalammualaikum, salam Selasa semua. Sebab che mat baru dapat bersiaran, maka che mat masukkan entri yang sesuai untuk minum petang. Terajin sikit hari ni, tu pasal lepas masak tengah hari tadi, terus on projek buat kek. Sebenarnya ini kek yang dah biasa che mat buat, hanya perlukan 5 bahan2 dan che mat tambah 1 bahan lagi, iaitu passion fruit atau buah markisa yang memang ada tanam di belakang rumah che mat. Resipi ini memang mudah dan sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak2 membuat kek. Keknya lembab, manis just nice dan tak muak sebab sebab guna parutan kulit oren dan jus oren serta isi buah passion fruit atau markisa.

rsz_orange_passion_fruit_cake1
Tekstur kek halus dan nampak macam padat, tapi sebenarnya ia lembap dan lembut. Che mat bakar dalam aduan 8 inci x 4 inci x 3 inci. Anda boleh bakar dalam acuan bulat 7 atau 8 inci. Kalau nak bikin dalam bekas2 comel atau jadi cup cake pun boleh. Kemudian anda hias atasnya dengan sedikit krim mentega dan hias dengan halwa limau, mesti nampak comel sangat. Boleh hidang untuk majlis hari lahir anak2 anda. Disebabkan che mat masukkan buah markisa, kek ini ada rasa masam2 manis dan ini membantu kek dari rasa muak bila kita makan banyak. Ada dua cara, pertama anda boleh ambik jus buah markisa sahaja (taruk isi buah dalam tapi, dan lenyek2 hingga keluar jusnya) atau boleh masukkan terus dalam adunan kek, macam che mat buat (perasan tak biji2 hitam pada kek yang dipotong tu?. Biji buah markisa lah tu)...Ok meh che mat kongsikan resipi mudah ini...Jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
130 gram mentega tanpa garam (unsalted butter)
1 cawan tepung berserbuk penaik ( self-raising flour) diayak
3/4 cawan gula kastor (asingkan 1 camca besar)
1 biji oren, parut kulit (cincang halus) dan perah jusnya
1 biji buah passion fruit atau markisa yang masak ranum, ambik isinya
2 biji telur, asing kuning dan putih
1/4 camca teh garam halus (kalau guna salted butter, garam tak perlu letak)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 4 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak dan lenser juga kertas tadi dengan mentega. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk adunan yang bersih dan kering, masukkan putih telur dan putar hingga berbuih. Tambah 1 camca besar gula kastor yang diasingkan tadi dan terus putar hingga putih telur kembang dan kental (bila anda terbalikkan mangkuk pemutar, putih telur tak jatuh). Alihkan ke dalam mangkuk lain dan ketepikan.
  3. Masukkan mentega dan gula kastor dalam mangkuk adunan, putar hingga kembang dan gula hancur. Tambah kuning kuning telur dan putar lagi hingga putih. Masukkan parutan kulit oren yang dicincang halus, putar sebati.
  4. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren hingga habis. Tambah pula isi buah markisa dan gaul rata. Ambil 1/3 putih telur yang telah diputar tadi, gaul dengan adunan kek, kemudian 1/3 lagi, gaul rata dan seterusnya. Guna kaedah kaup balik.
  5. Tuang dalam tin kek, bakar selama 45 minit atau hingga masak (anda uji dengan mencucuk lidi sate pada bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak). Keluarkan kek dari oven, biar sekejap. Longgar2kan bahagian tepinya dengan pisau dan keluarkan kek dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dipotong. Boleh hidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Jika suka anda boleh parut kulit limau lagi dan tabur atas adunan kek sebelum dibakar. Ia sekadar hiasan agar kek nampak lebih menarik. Selamat mencuba!!...

Post a Comment

3 Comments

  1. parutan kulit limau tu mmg buat kek ni nampak lebih menarik dan sedap!!

    ReplyDelete
  2. Sedap nye.
    Biasanya tengok kek orange memang tak moist pun.
    Tapi kali nie nampak lebih sedap bila moist kan.

    ReplyDelete
  3. Waaa Che Mat kongsi resepi kek hari ni ... terbaiklah. Tetiba lapar di petang hari.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.