SAYUR BAYAM DAN KHASIATNYA...

rsz_bayam

Salam semua, siang tadi ni che mat masak bayam, bukan masak apa sangat, hanya masak bening atau rebus air. Satu masakan mudah dan sihat. Bayam bukan beli, tapi bonda che mat tanam belakang rumah. Sebenarnya ada cerita pelik sikit pasal pokok bayam ni. Che mat kalau beli bayam selalunya jenis yang hijau. Tapi bonda dia suka bayam yang macam ini, jenis kemerahan. Satu malam tu bonda cerita dia mimpi ada anak bayam tumbuh di tepi pagar belakang rumah. Esoknya masa bonda che mat tengok, memang ada sepokok anak bayan tumbuh tepi pagar, setoet aje..kecik. Kuasa Allah yea tak, kalau diperintahnya 'jadi'...maka jadi lah ia. Dari anak pokok bayam kecik tu, bonda bela sampai besar dan sampai berbunga. Kira tu pokok induk untuk dijadikan biji benih. Dari biji benih tu lah bonda tanam hingga jadi banyak dan dapat dijadikan sayur...alhamdulillah..gitu leer al-kesahnyaa.....(che mat rasa ni bayam orang 'bunian' agaknya...errrr)...

bayam1

Bayam bukan setakat sayur kampungan tapi ia banyak khasiatnya. Bayam merah elok untuk menambah darah, terutama bagi mereka yang kurang darah (tengok aje lah sayur bayam yang che mat masak tu, kuah dia merah ). Sayur bayam yang ditanam sendiri lebih bagus dan terjamin, sebab tak perlu disembur racun serangga dan untuk baja, kita boleh guna yang jenis organik. Che mat kongsikan serba sedikit khasiat bayam seperti berikut...(anda boleh google untuk lebih lanjut khasiat sayur bayam)..

  • Kandungan zat makanan bayam setiap 100 gram bayam mengandungi B-carotene (4-8 mg), Vitamin C (60-120 mg), Zat Besi FE (4-9 mg), Kalsium (300-450 mg) dan serat. Kandungan Asid Folic dan serat yang tinggi (20 - 30%) sangat sesuai untuk kesihatan. Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi dan kalium. Bayam cukup kaya dengan sumber Vitamin C dan beta karotena.
  • Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak2, ibu yang menyusu dan pesakit yang menghidapi demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.
  • Bayam digunakan sebagai sayuran dan ditumis atau dibuat masak air sup (masak bening). Ia juga mengandungi methionine dan sulfur asid amino dan nitrat serta oxalate untuk kesihatan tubuh badan.. 
(sumber : Wikipedia)

BENING SAYUR BAYAM MERAH...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak sayur bayam merah
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
Sedikit ikan bilis, dibersihkan dan rendam
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sayur bayam disiang berasingan batang dan daunnya, cuci dan toskan. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan ikan bilis ke dalam periuk. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter). Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan batang bayam, dan kiub ikan bilis, jika guna. Masak hingga batang bayam lembut. Masukkan pula daunnya, gaul dan masak hingga daun bayam lembut, tapi jangan sampai lecur. Perasakan dengan garam secukup rasa. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng atau ikan masin...

Post a Comment

4 Comments

  1. sedapnya bayam merah ni che mat. saya memang suka bayam ni. dari kecik suka tengok kuahnya yang warna merah tu.

    ReplyDelete
  2. lisa suka bayam hijau.. yg takda merah2 tu

    ReplyDelete
  3. pasai tu la popeye kuat makan bayam..byk khasiat...

    ReplyDelete
  4. suka makan bayam hijau..lama pulak tak makan

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.