Assalammualaikum, salam Rabu. Anda pernah makan ikan haruan?...Ikan haruan satu spesis ikan air tawar yang begitu bernilai dari segi perubatan. Harga ikan haruan boleh mencecah sehingga RM 40!! sekilo, pergh mahal gileerr!!. Ada 2 lagi spesis ikan yang rupa seakan2 ikan haruan dan tergolong dalam keluarga yang sama iaitu ikan toman dan ikan bujuk. Ikan haruan yang che mat masak ni memang saiz besar, tapi che mat masak saja, yang siang, cuci dan bersihkan semua bonda yang bikin...hehe...terima kasih mak.. Masakan ini agak tradisional dan seelok2nya guna santan segar untuk mendapat rasa yang ampuh. Tahap kepedasan bergantung pada selera anda. Che mat guna kurang lebih 35 biji cili padi kampung...banyak ek?...alah biasa2 saja. Dan cili padi ni pedas masa masakan kita masih hangat. Bila dan sejuk, ia kurang pedas dah. Satu lagi cili kampung lebih enak berbanding cili padi thai. Che mat guna cili padi hijau saja (yang merah dalam gambar tu, sekadar hiasan saja yea). Kalau anda yang tak makan ikan haruan atau sebarang jenis ikan air tawar, anda boleh ganti dengan ikan laut, ikan tenggiri atau kembong pun sedap dimasak macam ni..Resipi seperti berikut...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan haruan saiz sederhana (kurang lebih 700 gram)
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
3 papan petai, ambik isi nya
1 keping asam gelugor
1 camca besar penuh tempoyak
1 liter santan
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
35 biji cili padi kampung kaler hijau (boleh kurangkan)
1 1/2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan haruan dibuang sisik, kemudian kerat pada saiz yang anda suka, seelok2nya pada saiz sederhana, kerat kepala ikan haruan dan buang. Cuci ikan tadi, kemudian gaul dengan 1 camca teh garam dan jus dari 2 biji limau nipis, Gaul rata dan perap 10 minit (tujuan untuk membuang lendir2 yang ada pada ikan serta baunya). Cuci hingga bersih dan toskan. Gaul dengan 1 camca besar kunyit serbuk dan 1 camca teh garam hingga rata dan perap sekejap.
- Goreng ikan tadi hingga keemasan, tak perlu sampai garing. Angkat dan toskan. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama2 serai titik, asam gelugor, bahan2 kisar halus dan tempoyak (tempoyak tu anda boleh juga masukkan ke dalam blender bersama2 bahan kisar halus dan kisar sekejap).Tuang santan cair dan kacau rata. Masak hingga mendidih.
- Tambah petai dan daun kunyit. Tuang pati santan, kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.
8 Comments
terbaik la resepi ni..
ReplyDeletesedap betul nampak :)
kurang suka makan ikan yg dipotong kemudian dimasak..
ReplyDeletetpi resepi ini nantilisa boleh teraiii
salam cikmat.. nak tanya, kenapa kena goreng dulu ikan tu ye?
ReplyDeleteaduhh tergoda.. 😱😱😱😱 boleh cuba nie.. kuah dia pekat sedap
ReplyDeleteaisehhh kalu tukar ikan haruan tu jadi ikan patin jadi faveret husband.... yuummmeh... tq sharing boleh cuba :)
ReplyDeletemenu gini memag kesukaan PCL..; siap ada petai lagi huh sedap berselera sangat !!
ReplyDelete
ReplyDeleteSalaam, menarik nampak resepi ni. Cara saya, hanya guna kan ikan yang diternak dalam sangkar, bukan dalam kolam. Pengalaman saya, ikan sangkar tidak berbau berbanding ikan kolam. Isi nya pun lebih sedap. Juga terjamin kebersihannya.
Puan Miza M, saya rasa ikan tu digoreng dulu supaya tak kembang. Rasa nya pun berbeza, agak kenyal sikit.
Saya budak baru di dunia blog. Jemput la bersilaturrahim
http://nopatternplain.blogspot.com/
terliur
ReplyDelete