DILEMMA KAMI BILA MUSIM BANJIR..


Hmmm....salam semua, sekarag ni musim banjir di Pantai Timur semenanjung dan juga beberapa negeri lain juga. Dah takdir Allah swt yang kita tidak boleh elak, tapi dapat dijangkan. Dan masa ini juga dinding FB penuh dengan gambar banjir dari negeri2 yang terlibat. Alhamdulillah...bantuan2 dari masyarakat2 prihatin mencurah2 datang. Dan para suka relawan juga bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan lancar dan setiap mangsa mendapat bantuan. Namun kita hanya manusia dan ada juga yang tak terjangkau dek akal fikiran...Moga bah kali ini cepat surut...

Dan dalam masa sama, kami blogger2 masakan juga turut menerima tempias, bila gambar2 masakan yang dikongsi membuatkan ada yang berkecil hati, persoalannya, mangsa2 banjir tu punya banyak masa kah untuk mentelaah FB setiap waktu?...Faham, gambar2 ini lalu di timeline dan akan muncul bila2 masa walaupun itu gambar makanan yang dikongsi sejak sebelum musim banjir lagi. Bila che mat baca status sorang teman blogger pasal ni, dalam diam terasa juga, rasa serba salah dan risau dicop blogger tidak prihatin jika diteruskan. Kongsi pasal bantuan banjir tak dak, tapi asyik kongsi gambar2 masakan saja. Kalau anda yang biasa mesti tau kan menu che mat macam mana, ia setaraf masakan di pusat2 pemindahan banjir...bukan taraf hotel 5 bintang...

Hmmmm, pada mereka2 yang terasa, sekali lagi che mat minta maaf yea. Kalau terdaya rasa macam nak berhenti saja berblog, lagi bagus...biar semua orang senang hati. Buat masa sekarang ni memang rasa tak mood sangat nak berblog. Perkongsian che mat lakukan di InstaGram dan twitter saja. Itu pun kalau ada juga yang komen2 negetif, tatau lah nak kata apa, mungkin mereka bukan mangsa banjir tapi mangsa hati berkudis!.....Terima kasih sudi baca....

Post a Comment

9 Comments

  1. Tak salah sebenarnya kalau Che Mat kongsikan 1-2 artikel pasal banjir. Tak hilang bisa ular yang menyusur akar..:)

    ReplyDelete
  2. Huhuhu nak senangkan puashatikan hati orang bukan mudah, ada je silapnya kita.
    Bg aku yg bukan blogger masakan juga turut tempiasnya Mat, ye la bagi aku seorang surirumah, hari2 pun masak juga, kadang2 ada resepi tu, pertama kali baru nak mencuba, so nak share kat pembaca, dan ada pula, kadang2 bru pertama kali mencuba makanan yang belum pernah makan, pun rasa nak share bersama untuk sapa yang nak mencuba, tapi tu lah, bak kata ko, segelntirnya tak senang dgn sharing kita, tapi takpelah, kita niat sharing, xde fikir nak meliurkan orang.
    Prihatn kita kepada mereka semua mangsa banjir, hanya ALLAH aje yang TAHU..

    Sabar ye Mat.,.

    ReplyDelete
  3. Etuza setuju dengan dua blogger di atas tu. Appaun tak salah buat entry dengan kita muatkan DOA KHUSUS banjir ni ya. Kesihana di kelantan dan terangganu. bukan banyak sekali pun cukup blogger kita buat entry yang paling ikhlas tak terpaksa ya. Blog ni paparan masakan so kekal kan kerana ini trade marak Che Mat. hanya sesekali beri tanda sokongan kepada mangsa banjir. Kita kena ingat ya ramai blogger di kelantan dan terengganu serta di Pahang yang suka komen dan ikut cerita kita di blog.
    Che mat Etuza ni selalu kena kritik, tak apa demi membina dan memberikan semangat..teguran usah disalah tafsirkan ke arah negetif. Teruskan blog ya Che Mat atas dasar minat anda bukan di paksa. Berhenti ...rugi rasanya.

    ReplyDelete
  4. Che mat teruskan sahaja berblogging..yang komen tu ada wat kerja kerja amalkah? Kalau buat tentu tak ada masa nak komen..Che mat boleh bagi idea kat orang tentang lauk ringkas masa banjir.tips berjimat barang dapur..tips mengelakkan kemalangan..dan banyak lagi lah..daripada sentap dengan makhluk hati berkudis..teruskan menggembirakan pembaca blog..bila jadi mangsa banjir bukan bererti harus dirundungkan kesedihan..sebaliknya jadilah manusia yang sentiasa positif..che mat boleh menghidupkan aura itu....

    ReplyDelete
  5. Salam Che Mat... sorry kalau ada juga status sy yg buat Che Mat terasa tp semua org pun fhm kerja che mat bkn menunjuk menu masakan tp berkongsi menu dan idea masakan... takda apa yg salah pun... teruskan spt biasa sbb ianya memberi manfaat kpd ramai org...

    ReplyDelete
  6. salam... bagi saya tak salah bagi blogger masakan nak post gambar makanan. dah tajuk pun blog resepi or masak2.. sepatutnya orang yang terasa tu kena tegur sebilangan orang yagn tak sensitif share gambar dia pegi makan kat restaurant A restaurant B, hotel A hotel B... dengan caption 'tak menepati selera sangat laa...' konon2 tak sedap la. atau 'tersangat la sedap, sape tak pegi rugi'... dalam masa yang sama mangsa banjir nak dapat roti cicah sardin pun belum tentu.

    hmm che mat jgn la stop blogging... blog ni bnyk bagi inspirasi kat saya untuk masak yang best dan sedap.

    ReplyDelete
  7. Hadoiii, kalau ada sebarang malapetaka seperti banjir, perlukah blogger masakan brhenti kongsi gmbr makanan dan tukar blog mrk menjadi blog liputan berita banjir ??? Sbg rakyat Malaysia, sy turut brsimpati dgn mrk yg ditimpa musibah banjir tetapi hidup perlu diteruskn sprti biasa. Mrk yg beri komen negatif tu, apa yg mrk sendiri buat utk membntu mangsa banjir ??? Kongsi gambar makanan bulan puasa x boleh, time banjir x boleh, jgn Che Mat susah2kn diri nk puaskn hati org yg akalnya x berada di atas kepala...Walau apapun blog DTS tetap mnjadi rujukn utama sy bila nak memasak. Brkongsi ilmu yg brmanfaat jauh lebih bsr pahalanya berbanding mencari salah org...

    ReplyDelete
  8. Saya baca komen yang atas tu dulu tadi..
    saya sendiri ada kongsi entry2 tentang banjir..tapi selang selikan dengan entry pasal resepi dan entry santai yang lain..Pun orang kecam cakap kita tak prihatin..gigih email,pm bagitau suruh hormat mangsa banjir..panas je hati rasa..kalau nak diikutkan hari2 ada je musibah kat dunia nih..tak pulak suruh hormat?kalau ikutkan kecik hati,semua benda tak jadi..kuatkan je lah semangt tu..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.