PECEL JAWA 'CLEAN CUT' UNTUK CHE MAT...

rsz_1pecel_jawa

Assalammualaikum, salam Ahad semua. Sujud syukur pada Allah swt kerana diperintahkannya matahari menyinar di kampung che mat, dan dapatlah mengeringkan kain baju. Dalam masa sama juga doa dipanjatkan untuk mangsa2 banjir di negeri2 pantai timur. Bertabahlah, itu saja yang boleh kami beri kata2 semangat. Hari ini che mat bikin pecel (pecal) jawa 'clean cut'...errr kenapa 'clean cut?'...sebabnya pecel che mat tak de taugeh, huhu.. Tapi dek sebab 2 - 3 hari lepas mengidam sangat nak pecal takde taugeh pun tak pelah, ON aje, janji ada rasa pecel. Pada che mat, kuah kacang untuk pecel memainkan peranan utama, bukan bahan2 sayurnya sahaja. Ia berbeza dari kuah kacang biasa kerana...

rsz_pecel_jawa1

...menjadi kebiasaan, kuah kacang untuk pecal dicampur dengan cekur atau kencur dalam bahasa Indonesia. Kali ni kuah kacang pecel che mat gunakan cili padi, isi dan daun cekur dikisar sekali dengan bahan2 lain untuk kuah kacang. Kalau anda suka pedas boleh tambah cili padi, kalau tak suka boleh ganti cili padi dengan cili merah atau cili kisar. Satu yang bess pasal pecel ini, ia mengenyangkan dan dalam kategori makanan sihat, walaupuan ada beberapa bahan perlu digoreng seperti tempe, kentang dan tauhu. Kata Bak, kalau di kampung, mereka gunakan taugeh buatan sediri yang menggunakan kacang hijau dan saiz taugeh lebih kecil dan kontot2. Sayang pecel che mat takde taugeh, tapi kalau anda buat, jangan lupa taruk taugeh ok. Disebabkan itu, ku namakan pecel ku....Pecel Jawa 'Clean Cut'...

BAHAN-BAHAN KUAH PECEL :-)
300 gram kacang tanah
1/2 camca besar pes asam jawa
2 camca besar gula perang (atau secukup rasa)
Garam secukup rasa
4 biji bawang merah kecil, goreng hingga layu*
2 ulas bawang putih, goreng hingga layu*
20 biji cili padi hijau, goreng hingga layu*
2 inci isi cekur*
2 helai daun cekur*
1 inci belacan, dibakar*(*dikisar halus dengan 1/2 cawan air masak)
Air masak secukupnya

BAHAN-BAHAN PECEL :-)
2 keping tempe berbungkus daun, didadu
2 biji kentang, kupas dan potong berbaji, rendam
2 kelopak kobis bulat bulat
1 cekak kangkung, disiang, cuci dan toskan
5 tangkai kacang panjang, potong pendek
2 keping tauhu keras digoreng
2 cawan taugeh, dibersihkan
1 batang timun, dipotong seperti anak mancis
Beberapa helai daun cekur dimayang halus untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH PECEL :- Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, sejukkan. Buang kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur. Masukkan ke dalam bekas bersama2 gula perang, pes asam jawa dan bahan2 kisar halus. Kacau hingga rata dan sebati. Tambah air masak secukupnya hingga mendapat kuah kacang yang tidak terlalu pekat atau cair. Masukkan garam secukup rasa, kacau lagi dan sesuaikan rasa. Ketepikan.
  2. UNTUK BAHAN2 PECEL :- Tempe, kentang dan tauhu digoreng hingga kekuningan, angkat dan toskan dan hiris kecil. Celur kacang panjang hingga lembut, angkat dan toskan. Kemudian celur kobis, selama 30 saat, angkat. toskan dan potong kecil. Masukkan kangkung, celur 15 saat, toskan dan biar sejuk. Akhir sekali celur taugeh untuk 15 saat, toskan dan biar semuanya sejuk.
  3. UNTUK PECEL JAWA :- Dalam pinggan sesuai, letakkan kangkung rebus, taugeh, kacang panjang, kobis, tauhu hiris, tempe, kentang goreng dan taugeh secukupnya. Tuang kuah pecel atasnya dan tabur sedikit hirisan daun cekur sebelum dihidangkan.....Selamat mencuba!!

Post a Comment

2 Comments

  1. teringin pulak nak makan pecal bila tgk che mat buat ni...hehehhe
    che mat, pasai post makanan di fb dan blog, teruskan berblogging jgn hiraukan apa org nak kata... che mat kan kerja blogger sepenuh masa, jadi punca pendapatan pun dr blogging, wajar lah terus update post resepi dr semasa ke semasa.. mcm orang lain yg kerja lain pun wajar lah kerja mcm biasa juga takkan nak bercuti pulak kan, lain lah kalau terlibat dgn bajir tu sendiri kan. apa yg penting kita berdoa utk mangsa banjir di sana.. Doa dari jauh dan dalam diam tanpa pengetahuan orang lain itu lebih ikhlas dan baik kan...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.