LEMAK CILI PADI DAGING KIJANG..

rsz_gulais_kijang

Assalammualaikum, salam semua...pernah makan daging kijang?...Mesti ada yang pernah makan. Che mat pertama kali rasa, sedap dan sedap..hehe. Ini pemberian saudara kami, dia pun dapat hasil dari berburu. Haiwan yang seakan2 kijang ialah napuh dan pelanduk. Kalau pelanduk, kami pernah pelihara dulu, tu jam che mat masa kecik lagi. Dan Bak pasang jerat pelanduk di ladang getah kami. Bila dapat, kami pelihara kat dalam reban. Nak sembelih kesian rasa tak sampai hati, sampai satu ketika pelanduk yang kami pelihara beranak pinak. comel gileer anak dia. Makanan pun bukan sebarangan,sejenis daun dari pokok 'ludai' yang banyak tumbuh di ladang dan hutan2 menjadi diet mereka....begitu lah kesah pelanduk, sepupu si kijang dan anak sedara pada si napoh...

rsz_gulais_kijang1
Disebabkan che mat sendiri tak pernah makan, jadi menu atas pilihan bonda. Masak lemak cili padi sama kentang (dan che mat ada asingkan daging kijang untuk masak tomyam,,,hehe, kalau jadi lah). Kalau sekali pandang tak ubah seperti daging kambing, tapi tak de bau. Ada juga che mat up status di FB tanya pendapat teman2, resipi yang sesuai untuk daging kijang, ramai yang respon, masak lemak cili padi, ada juga yang syorkan bikin rendang, kari, dan goreng kunyit sahaja, terima kasih pada semua yang memberi idea.,,,resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging kijang (kurang lebih)
4 biji kentang
4 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor (kalau saiz kecil, guna 2 keping)
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
40 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Daging kijang dipotong pada saiz sederhana, gaul dengan tepung gandum dan biarkan 10 minit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap 1 dan rendam. Masukkan daging kijang ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan2 kisar halus. Masak hingga mendidih dan daging kecut.
  2. Tuang santan cair dan kacau. Masak hingga daging empuk (tambah air panas jika perlu). Masukkan kentang dan asam gelugor. Masa hingga kentang empuk, tuang santan, masukkan daun kunyit, kacau dan biar mendidih dengan api kecil. Kacau selalu.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....

Post a Comment

12 Comments

  1. Perghhh terliur plak tengahari ni... huhu untung la dapat daging kijang ni

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...Cik Mat..bukan senang nak dpt daging kijang ni Cik mat.Bagi saya daging kijang ni merupakan daging yang paling sedap..Pernah makan dirumah kawan masak lemak cili padi daging kijang salai.Pastu dicampur dengan pucuk ubi simpul..Sampai sekarang teringat....

    ReplyDelete
  3. Sedap ni Mat...
    Pestime makan daging kijang kawan aku bagi, kenduri kat mesjid masa tu, tu pun hasil memburu tu..
    Kijang masak rendang, dagng dia ala2 mcm kambing tapi lbh sedap kijang lagi...

    Mahal ni Mat...ko beli mana ni Mat?

    ReplyDelete
  4. rasa macam nak cari batu belah batu bertangkup pulak.. aku kempunan daging kijang masak lemak cili api.. hahahahhaa

    ReplyDelete
  5. sedap che mat! teringin nak makan kijang masak lomak tu..buat pedas2, makan nasi panas2 silap2 sepiuk nasik ble habis..he..he..

    ReplyDelete
  6. Venison is considered a luxury food here in the UK. The royal family probably have it everyday!

    ReplyDelete
  7. lama tak makan kijang ni.... aduhai, terliur....!

    ReplyDelete
  8. Bukan senang nak dapat daging kijang ke pelanduk sekarang ini, memang rare gitu....

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    Semenjak jumpa blog "Dapur Tanpa Sempadan" dan keadaan isteri yang sudah tiga bulan menjalani pembedahan di lutut, saya mengucapkan ribuan terima kasih oleh kerana kepada tuan punya blog atas resepi masakan yang dikeluarkan di N3 di blog ini yang menyebabkan saya kini telah pun mencuba beberapa masakan....

    sekali lagi terima kasih

    ReplyDelete
  10. Ya Allah menyelerakan betul nih. Mujur tak mengidam. Hihi

    ReplyDelete
  11. Baru nak torai masak dgg kijang masak lomak cili padi Ni...ishh lom masak dah terliur ni tgk resepi che mat

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.