IKAN MASAK TAUCO PEDAS..

rsz_ikan_tauco_cili_padi
Assalammualaikum, salam 4 Ramadan 1435 Hijrah. Perasan tak akhir2 zaman ni, waktu begitu pantas, rasa macam baru semalam puasa, tau2 ni hari dah masuk 4 Ramadan, alhamdulillah. Ok, entri yang anda nampak ni, che mat masak semalam untuk juadah berbuka puasa. Bulan Ramadan, tak boleh nak aktif sangat masukkan entri, kena ikut kesempatan masa yang ada. Ini antara menu kegemaran Bak, dan ikan yang menjadi pilihan dah tentulah ikan tenggiri. Tapi ikan kembong pun sedap masak macam ni. Pedas tu tidak lah pedas sangat sebab hanya guna 1 camca besar cili kisar. Kalau anda suka betul2 pedas, boleh debikkan cili padi barang 6-7 biji dan masukkan dalam masakan. In sha Allah berasap jugak lah telinga. Tapi bulan2 puasa ni kurang elok sikit makan benda2 pedas. Che mat guna 2 ekor ikan tenggiri sai kecil, kurang lebih saiz 3 jari orang dewasa. Jika ada yang tanya, resipi macam ni asal dari mana? yang tu che mat tak boleh nak beri penjelasan yang tepat. Berkemungkinan resipi fusion antara bangsa peranakan dan orang melayu....Kalau anda nak cuba buat untuk berbuka nanti, che mat kongsikan resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tenggiri saiz kecil (kurang lebih saiz 3 jari orang dewasa)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris
2 keping hirisan nipis halia
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar tauco
1 biji tomato, belah 4
Garam jika perlu
1 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tenggiri dikerat 3 setiap seekor, cuci bersih dan lumur dengan 1 camca teh serbuk kunyit dan 3/4 camca teh garam. Kemudian goreng hingga masak, tak perlu sampai garing, goreng lembap2 sudah memadai. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar dan tauco, kacau dan masak hingga wangi, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah sos tiram dan kacau rata.
  3. Tuang air dan biar mendidih. Masukkan ikan, bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Kacau rata dan masak hingga bawang lembut. Jika suka kuah, lebih, anda boleh tambah sedikit air lagi. Tambah tomato dan sedikit garam jika perlu. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi panas..

Post a Comment

6 Comments

  1. TQ Mat..sedapnyaa rasa tauchunya..
    Aku ada ikan tenggiri tu, tu yg nak cuba ni..
    Dah ngencss2 ni rasanya...

    ReplyDelete
  2. adoiiii!! bab debik cili padi tu tak menahannnnn..

    ReplyDelete
  3. sabar maria berapa jam lagi nak buka :)

    ReplyDelete
  4. Perghhhhhh T.T


    **SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
    http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html

    ReplyDelete
  5. Aww...memang sedap ikan masak taucho ni. My favorite.

    ReplyDelete
  6. wahh sedapnye nampak!! tgh tunggu waktu berbuka sambil godek2 blog sedap ni weee XD

    Jom Berombak di Buffet Ramadhan Casa Ombak XD




    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.