GULAI SIPUT SEDUT SAMA BATANG KELADI...

rsz_siput_sedut_masak_lemak (1)
Assalammualaikum, salam 1 Ramadan 1435 Hijrah. Ehh...tengok tu che mat, time2 macam ni dia keluarkan menu tengah hari pulak...hahaha, memang betul sangat, tapi bukan lah masak tadi, ni dah 2-3 hari lepas, cuma tak dann nak jadikan entri. Maka sebagai pembukaan entri pertama Ramadan, che mat masukkan gulai siput sedut sama batang keladi. Batang keladi ditaja oleh Mak Jah Kg Parit Rasipan, Batu Pahat. Johor...ehemmm. Nak cerita sikit, siput yang kami masak tu hari kurang lebih 2 kg!, kus semangat, jenuh bonda menyunatkannya, che mat tukang masak aje. Sebab banyak, maka dibagi lah pada anak2 buah dan jiran jauh kita orang. Nanti dalam resipi che mat tulis 1 kg saja. Keladi tu jenis keladi minyak dalam satu pokok. Resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok sederhana keladi minyak @ keladi sayur
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
500 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili padi (optional)
Secubit belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput sedut dicuci bersih, kemudian potong muncung siput sedut tadi, potong pada ruas ke-3 dari atas. Guna ragum atau player untuk memudahkan kerja. Cuci bersih dan toskan. Batang keladi dibuang kulit luarnya, kerat2 pendek dan celur dalam air mendidih yang dimasukkan asam gelugor, hingga lembut. Kalau nak masukkan ubi keladi pun boleh, rebus dulu kasi 3/4 empuk. Ketepikan.
  2. Masukkan siput dalam bekas besar. Kemudian tuang air, cedok siput sedut guna tangan dan masukkan ke dalam periuk, dengan cara ini serpihan kulit siput akan tertinggal. Kemudian tambah serai titik dan bahan2 kisar halur. Kacau rata dan masak hingga siput berubah warna. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan asam gelugor dan ubi keladi (jika guna). Masak hingga ubi keladi empuk. Tambah batang keladi, tuang pati santan, kacau dan biar mendidih. Masukkan daun kunyit, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap hingga batang keladi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng..

Post a Comment

2 Comments

  1. singgah sini..salam Ramadhan Kareem, semoga usaha kita untuk menjadi yang terbaik akan berjaya hendaknye. Amin Ya Robb.

    Jemput ke blog Cik Anis, ada cerpen bersiri menarik sempena Ramadhan berdasarkan kisah benar tetapi diolah sedikit ^^

    ReplyDelete
  2. lama tak masak siput, setiap kali memikirkan jenuh nak menyunatkan, mesti tergendala hajat nak beli, bertuah jiran terdekat Che Mat

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.