TOMYAM DOBO-DOBO UNTUK MAT GEBU...

rsz_tomyam_dobo-dobo
Salam semua, dah masuk 3 hari che mat kurang sihat, terutama tekak, selsema pun sama gak, sampai mood memasak pun ke laut. Hari ni che mat masak tomyam dobo2 setelah puas fikir nak masak apa yang boleh mendatangkan rasa sedap di tekak. Bila kurang sihat, biasanya menu2 yang sedikit masam menjadi pilihan che mat, kalau dapat yang pedas lagi bess, tapi sebab kan sakit tekak, tak boleh lah nak pedas sangat. Pedas ringan2 ok lah. Kenapa dobo2 (bodo2)?..sebab ianya cepat dan instant, termasuk perasa tomyam tu che mat gunakan 3 kiub pati tomyam MAGGI, tu aje takde campur apa2 pes lagi dah, ini style tomyam malas atau tomyam darurat. Tapi seperti anda tau, che mat takkan buat ia nampak "murahan" walaupun ia memang senang sangat dibuat. Pada che mat, seringkas mana anda masak, mesti kena ada sentuhan untuk melihatkan ia sesuatu yang istimewa..jangan pandang ringan yea, ini tips anda memikat suami...ehemm....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping peha ayam bersaiz besar, potong kecil (che mat potong 8) cuci dan toskan
1 biji tomato, belah 4
2 batang putih jagung, hiris serong
Sebesar penumbuk bunga kobis, potong sekuntum2
8 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap 1
1 biji bawang besar belah 6
1 batang serai, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
3 helai daun limau purut
8 biji cili padi, ketuk sedikit
1 pokok daun ketumbar, cuci bersih dan kerat kasar
2 liter air
3 kiub tomyam MAGGI
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Sos ikan secukup rasa dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, masukkan air, serai, halia, daun limau purut dan kiub tomyam MAGGI. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan ayam dan masak sekejap. Tambah bunga kobis, cili padi, daun ketumbar, cendawan dan putih jagung. Masak dengan api sederhana.
  2. Masukkan sos ikan secukup rasa (kalau takde, guna garam), sedikit gula dan jus limau kasturi. Kacau rata. Akhir sekali tambah tomato. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, mi atau dimakan begitu sahaja..

Post a Comment

3 Comments

  1. Sedapnya Che Mat! Mouth watery!

    ReplyDelete
  2. che mat.. apesal resipi che mat dah sama mcm resipi saya dengan susah payahnye?. walhal resipi che mat kala tak sihat ni
    huwaaa..


    haha=P

    cepat sembuh ye =)

    ReplyDelete
  3. sedapnyeee sis, hehehe

    fazsya8684@gmail.com

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.