Salam Khamis semua. Entri hari ini merupakan menu yang che mat masak semalam. Sebabkan tekak tak berapa selera nak makan nasi, maka che mat buat laksa asam dan untuk yang lain che mat masak kan gulai nangka muda sama tulang ikan masin kurau. Ini pun atas permintaan bonda. Kata bonda menu nangka atau pisang muda selalunya lauk untuk orang 'tua'...sebabnya, episode menyiang dan membersihkan nangka muda atau pisang, bonda yang buat....che mat?...Errr...tukang masakkan aje. Kat rumah che mat kalau masak menu nangka muda atau pisang, selalunya akan dimasak lebih, dan boleh sampai 2 hari. Ini kerana, gulai nangka akan bertambah enak keesokkan harinya, cuma anda kena panaskan lah untuk elakkan ia basi. Satu lagi petua yang sering che mat tulis, lepas panaskan lauk2 yang berasaskan santan (dan juga yang lain2, terutama masakan berkuah), JANGAN tutup rapat tudung periuk, kasi renggang sedikit, kenapa?..Sebab kalau anda tutup rapat tudung periuk tu, wap panas akan berkumpul dan airnya akan menitis kembali dalam gulai anda dan ini boleh menyebabkan gulai anda cepat basi. Ehh, bukan mandai2 yea, ini yang che mat nampak orang2 tua dulu kala di Johor buat, tatau lah tempat anda macam mana. Sekadar berkongsi sahaja...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kg nangka muda yang telah siap disiang, celur hingga 1/2 empuk dan toskan
6 - 7 ketul tulang ikan masin kurau yang masih ada isi, rendam
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1500 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
4 biji cili merah
10 biji cili padi
1 inci kuyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masukkan nangka ke dalam periuk bersama serai titik, bahan2 kisar halus dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau rata dan biar mendidih. Tambah tulang ikan kurau masin (toskan)dan asam gelugor. Tuang air jika perlu, biar mendidih.
- Bila nangka empuk, tuang pati santan, kacau rata dan biar mendidih. Masukkan daun kunyit, perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan lauk2 lain..
3 Comments
sedapnya!!
ReplyDeletesedap sedap nangka ni
tp xleh mkn byk nnti angin
Nak Like 1,000 x!
ReplyDeleteyes esok nk suh mak buat huhu
ReplyDelete