SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU..

rsz_sambal_tempoyak (1)
Assalammualaikum...salam semua. Hari ni atas permintaan kami, masak sambal tempoyak daun kayu. Nama aje daun kayu tapi tak delah sampai masuk ke dalam hutan belantara ngambik daun kayu. Nak2 kalau che mat yang masuk, sebatu harimau dah tunggu sambil jilat2 bibir sebab tak sabau nak menggigit, gebu lah katakan. Cara memasaknya agak mudah dan che mat guna pucuk ubi, daun kunyit, pucuk labu dan petai. Semua bahan2 daun dimayang halus seperti bunga rampai. Petai anda hiris serong. Bahan utama dah tentu lah tempoyak, kalau takde, hilanglah nikmatnya dan bukan nama sambal tempoyak daun kayu. Untuk rencahnya che mat guna ikan bilis. Tahap kepedasan bergantung pada citarasa masing2. Macam che mat gun kurang lbih 40 biji cili padi kampung...ehemm...pedas juga tu.... Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, asingkan dari tangkai, cuci dan toskan hingga kering
6 tangkai pucuk labu, ambil daunnya, cuci dan toskan hingga kering
5 helai daun kunyit, cuci dan toskan hingga kering
4 papan petai, ambil isinya
4 camca besar penuh tempoyak
1 liter pati santan
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
40 biji cili padi kampung
1.5 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi ubi, pucuk labu dan daun kunyit dimayang halus seperti bunga rampai. Petai diambil isinya, dan hiris. Ikan bilis ditumbuk hancur tapi tak perlu sampai halus sangat. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam kuali bersama2 tempoyak dan ikan bilis yang ditumbuk tadi. Kacau rata dan tuang santan. Kacau dan masak hingga mendidih. Bila pekat sedikit, boleh masukkan bahan2 yang dimayang halus tadi dan juga petai. Gaul rata, guna api sederhna dan kacau selalu.
  3. Bila pekat, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan jika tidak habis, anda boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.

Post a Comment

8 Comments

  1. Salam Che Mat.
    Saya memang sgt2 suka dgn lauk ni. Boleh ratah gitu2 je. Tapi tak pernah buat pun.
    Raya cina hari tu lalu sedenaklah...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba lagi ni..selalu makan tempoyak dengan ikan patin aje...

    ReplyDelete
  3. salam mat,
    mak kkida gelak besar baca ayat mat yang atas tu....
    Astagfirullahhalazim...opah ngucap panjang...pasai apa pulak rimau nak tunggu opah tanya...hahaaaa....mat oh! mat...lawak gilerrr...

    ReplyDelete
  4. Wahh masak tempoyak dengan pucuk ubi memang best, tingat arwah mak slalu masakkan..sekarang ni kene wat sendiri le

    http://tudunghoneyz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Che Mat.
    Boleh saya cuba resepi ni hujung minggu ni. Pasar tani kat Kuala Klawang, Jelebu ada jual set lengkap daun-daun. Jadi tak payah susah-susah nak cari daun-daun tadi. Tempoyak kat sini tengah banyak. Cuma petai je tak musim jadi mahal sikit. Tq again.

    ReplyDelete
  6. hahahha harimau jilat2 mulut nak terkam..mesti comel sangat abg mat gebu nie. pernah dengar daun kayu nie, tapi tak pernah jumpe

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/02/banyakkan-susu-badan-7-hari-sahaja.html

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.