IKAN BAWAL GORENG BERLADO...

rsz_ikan_bawal_berladoo
Salam semua, baru dapat berehat dan nak update blog, selepas menonton drama Filipina BCWMH (Be Careful With My Heart)...ehemm... Entri kali ni yang mudah dan kiranya idea terpantas untuk merubah rasa ikan goreng anda yang nampak bosan gilerr. Ini che mat buat semalam. Dan che mat goreng 3 ekor ikan bawal saiz sederhana, kurang lebih sebesar tapak tangan. Plan asal memang nak goreng kunyit, lepas tu kan nampak bosan sangat2, ikan tu tak berseri, bonda siap cakap, goreng kunyit saja ke ikan tu?....Errrkk...ok, ok kita make over sikit dan che mat ada simpan dalam peti sejuk sambal totok pemberian sorang teman FB, Kak Syarifah Mahani, tauke roti ni dan beliau juga menjual sambal totok ni. Che mat cuma tambah sedikit gila dan hirisan halus daun limau purut sebagai penambah aroma sebelum dituang atas ikan bawal goreng tadi. Tapi anda boleh guna resipi anda untuk sambal. Jangan risau che mat akan tulis resipi untuk sambal....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan bawak saiz sederhana (kalau besar boleh guna 2)
3/4 camca teh garam
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh lada sulah
7 biji cili merah (boleh tambah cili padi kalau nak pedas)
2 ulas bawang putih
4 biji bawng merah
2 biji buah keras, hiris
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam 10 minit dan toskan
1 camca teh pes asam jawa 
2 helai daun limau purut, mayang halus
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bawal disiang, cuci bersih dan kelar2 sedikit. Lumur dengan serbuk kunyit, serbuk lada sulah dan 3/4 camca teh garam hingga rata. Perap 15 minit. Kemudian goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan....Ok kita buat sambalnya pula...
  2. Tumbuk bawang putih dan buah keras hingga lumat, masukkan bawang merah, cili merah dan ikan bilis, tumbuk lagi hingga semua hancur. Panaskan 3 camca besar minyak, tumis bahan2 tumbuk tadi hingga harum, masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masak hingga garing. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Akhir sekali masukkan hirisan halus daun lima purut, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang atas ikan bawal, ratakan dan boleh hidangkan segera bersama nasi panas dan lauk2 lain.

Post a Comment

4 Comments

  1. ikan goreng mmg kita suka, nak2 yg berlado...

    ReplyDelete
  2. Hihi.. Gula silap taip jd gila ka che mat.. Xpa.. Kami smua phm che mat nk cpt kn.. :-)

    ReplyDelete
  3. Hihi.. Gula silap taip jd gila ka che mat.. Xpa.. Kami smua phm che mat nk cpt kn.. :-)

    ReplyDelete
  4. Hihi.. Gula silap taip jd gila ka che mat.. Xpa.. Kami smua phm che mat nk cpt kn.. :-)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.