NASI BANJIR....BANJIR BESAR!!....

rsz_nasi_air
Assalammualaikum, salam Selasa. Semalam che mat tak sempat nak update apa2 di blog kerana menerima kunjungan tetamu. Hari ni ada sedikit kesempatan, che mat laju2 update yang mana sempat. Nak bercerita banyak pun macam tak boleh, kena ringkas dan pantas (konon2 laa..tau2 kang sebatu che mat bercerita tanpa henti). Hari ni che mat masak betul2 yang senang mudah dan ringkas, tapi sungguh i menepati selera tekak che mat. Pagi tadi kami dapat sayue petola bantal, dan balik tu che mat kasi masak tumis air. Dan semalam masa Sue datang, dia ada bunga telur yang telurnya telur asin, memang sesuai lah sangat dan Puan Sharifah Mahani pulak bagi che mat sambal yang begitu sedap, dia kirim pada MamaZieza...Maka bila che mat gabungkan benda2 tu dengan nasi banjir, memang ngam sangat...amacam, bila tengok gambar tu, macam sedap je...macam bess aje...macam menggoda aje...kannn.. Ok che mat tulis resipi tumis air petola bantal tu saja..yang lain2 seperti biasa..errr....terpanjang pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji petola bantal yang muda
1 genggam isi udang
1 camca teh lada hitam (che mat guna jenama aji-shio)
1 kiub pati ikan bilis (optinal)
5 biji bawang merah, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Nasi putih secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Sambal 
Telur asin

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas petola, cuci dan kerat sederhana tebal. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum. Masukkan udang dan kacau hingga udang berubah warna. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), masukkan kiub ikan bilis (jika guna), kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan petola, tambah soo hoon (toskan). Kacau rata, tambah garam secukup rasa dan serbuk lada hitam (jika kurang kuah boleh tambah sedikit air). Masak hingga petola lembut sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  3. UNTUK NASI BANJIR :- Cedok nasi secukupnya ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah tumis air petol bantal bersama isi2 nya, sudukan sedikit sambal dan letak 1/2 biji telur asin. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan panas...

Post a Comment

2 Comments

  1. Kak Sari pun suka kuah banjir macam ni.. makan ngan sudu, hehehe

    ReplyDelete
  2. Weeeee, Sedenak banjir besar rupanya...pandai berenang x Mat? Hehehee...xpun sediakan dayung sampan cepat, sampan xda, dayungkan dgn Morris tepi rumah tu...hehee. Kuantan asyik hujan dah skrg, moonsoon sudah bergelora.... ^_^

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.