CEKODOK IKAN BILIS JINTAN MANIS..

CEKODOK JINTAN
Cekodok pun nak buat entri ke?....Takpe, entri ini bagi mereka2 yang baru nak belajar buat cekodok atau jemput2. Mana yang dah pakar tu boleh duduk diam2 atau boleh berkongsi rahsia resipi cekodok anda buat di ruang komen, tak usah lokek2, ilmu yang bagus kita kongsi bersama, tak rugi apa2, malah mendatangkan manfaat di kemudian hari. Che mat faham, jemput2 apa lah sangat, setakat bancuhan tepung, air dan bahan2 lain samada udang atau ikan bilis dan sebagainya. Lepas tu goreng seperti biasa, tapi ada juga yang masih ragu2 nak buat cekodok. Ia sesuai dihidangkan untuk sarapan, minum petang atau untuk anda berbuka puasa (bagi mereka yang berpuasa hari ini). Sebenarnya ini bukan lah baru che mat buat, tapi sudah 2 hari lepas, che mat buat untuk sarapan pagi, kan sekarang ni cuaca tak menentu, jadi bila pagi dah hujan, maka mulalah nak buat sesuatu yang sedap dimakan...Perasan tak, gambar pun malap aje, ala2 misteri nusantara...Untuk yang baru nak berjinak2 kedapur, che mat share kan resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan air
1 biji telur
1 biji bawang holland (boleh guna bawang besar biasa), didadu
1 cekak kucai, hiris
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh baking powder
Secubit baking soda (sodium bicarbonate)
Garam secukup rasa
Sos cili atau sos pilihan anda

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam bekas, satukan semua bahan2 di atas kecuali, garam dan sos cili. Kacau rata hingga semua mesra. Tambah garam secukup rasa, gaul rata dan ketepikan. Rehatkan sekejap.
  2. Panaskan minyak untuk menggoreng terendam. Sudukan 3/4 camca besar adunan ke dalam minyak, atau anda boleh jemput guna tangan (berhati2 ok, jangan sampai tergoreng jadi). Buat 12 - 14 biji cekodok sekali buat bergantung pada saiz kuali anda.
  3. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan pada semua bahagian cekodok. Angkat, toskan dan letak atas kitchen paper towel. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan panas bersama sos kegemaran anda..

Post a Comment

3 Comments

  1. memang best pekena time2 hujan..

    ReplyDelete
  2. ok..nanti saya tambah jintan manis dalam cekodok saya. terima kasih che mat!!!

    ReplyDelete
  3. Dlu suka buat cmpur udang,tp skrg udg mahaL nye..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.