Salam semua....hmmm pening juga kepala, bila ada yang tanya "che mat betul ke ini makanan orang Johor?"...kadang2 kan che mat nak jawab pun sampai tatau, senang cakap macam ni lah. Makana tradisi Johor (tak kesah korang orang negeri mana sekali pun)..ialah makanan yang biasa kita lihat mak atau mak tok kita masak, buat, dan hidangkan. Bila ke majlis2 kenduri kendara pulak kita akan dapat lihat kepelbagaian menu2 asli orang Johor, seperti nasi beriani gam, ayam masak merah, daging beriani, telur pindang dan manisan2 seperti halwa maskat, kuih kacau, harissa dan sebagainya. Walaupun ada pengaruh dari pendatang2 seperti orang Arab dalam masakan Johor, tapi ia telah sebati dan menjadi hidangan sejak berkurun2 lamanya.
Makanan tradisi juga berkait rapat dengan sejarah dalam sesebuah negeri. Paling senang Laksa Johor, style memasaknya agak rumit, dan kuah mesti sedikit pekat kerana ia akan dimakan bersama spaghetti, ada kat negeri lain makan laksa ber 'mi' kan spaghetti?..takde kan?..Jadi ia membentuk satu makanan beridentitikan Johor....dan dari segi sejarah pulak yang che mat tau, kerana Sultan Johor ketika itu beristerikan wanita Inggeris, maka diolah laksa Johor, mi nya spaghetti dan dimakan menggunakan tangan.. Tidak menjadi masalah sebenarnya, jika anda faham dan sudi ambil tau serba sedikit pasal makanan tradisi negeri Johor dan negeri anda sendiri..
Baru2 ni diblog ini, ada satu entri dimana Tunku Puan Pahang mengisytiharkan sambal hitam dengan nama Sambal Pahang....kenapa ia diberi nama sambal Pahang?..Sebab keunikkannya sambal itu sendiri yang tiada di negeri2 lain. Sebenarnya bila ada blog2 masakan dari pelbagai lapisan generasi dan berasal dari pelbagai negeri, ia satu kelebihan yang cukup bernilai. Mana taknya, banyak yang tak tau jadi tau, yang kurang pasti jadi lebih jelas.. Walaupun ada yang rasa ini isu lapuk, isu terpinggir, tapi tidak pada che mat...makanan tradisi ialah warisan bangsa kita...
4 Comments
salam singgah...
ReplyDeleteassalam CM..
ReplyDeleteagaknya ade masalah kecelaruan identit pada yang menanya tu.. huhu
bila memasak something yg mewakili negeri sendiri, rasanya itu satu kepuasan dan kebanggaan pada kita.. kalau bukan kita yg mewarisi daan mempelajari, sape lagi kan..
dan bila belajar memasak masakan negeri2 lain, itu adalah satu kelebihan & kepelbagaian dlm ilmu yg kita ada..savar jer la CM... masak apa2 pun voleyy.. janji kita x kacau orang..
cam saya, saya berbangga jadi anak jati Sarawak..masakan pun lain dari negeri2 lain..cth: laksa swk pada namanya..hakikat masakannya guna bihun...mcm2 lagi masakan / makana tradisional cam Umai, Sagu, Kuih Bongkol, mee kolok bla..bla..
tp mcm manapun, saya juga meminati masakan negeri2 lain esp laksa johor, laksa penang dll... heheh
Assallammuallaikum, mohon kemaafan kerana mencelah. Ana ini orang Penang (Mamak) yg telah lama berhijrah ke KL, Tapi ana rasa ada persamaan diantara masakan orang Johor especially Muar dgn Penang. Cara orang Muar masak, daging ketul besar2 - orang Penang dia masak daging ketul besar2 kerana kalu kecil2 - dia pandang rendah, tak mampu, Tau tau lah mulut orang Penang. Anyway nice to know of this blog. Wassallam.
ReplyDeletekadang kadang penat jugak nak jawab kalau orang bertanya, 'betul ke ni makanan negeri sekian sekian?'
ReplyDeletecontoh simple, laksa... pun boleh jadi gaduh. asal penang la, kedah la, perlis la. hahaha.
saya jenis suka nak makan semua jenis makanan, tak kira asal negeri. ada juga terjumpa makanan tradisi keluarga saya kat negeri lain. biasanya saya akan cek balik susur galur family saya dari mana lagi asalnya, sebab tak mustahil makanan yg kite makan dari kecik tu sebenarnya bukan makanan negeri kita.
yang penting, kite enjoy the food. :D