PERIA KAMBAS GORENG TELUR BERTAUCO

rsz_peris_kambas__telur
Salam Jumaat semua. Hari ni masak ringkas, che mat goreng ikan kembong, lepas tu nak makan berulamlan bawang besar tambah kicap dam cili padi yang dipatah2kan. Tapi ada pula permintaan peria kambas goreng sama telur, dan che mat masukkan sedikit tauco yang telah ditumbuk lumat sama bahan2 perencah. Peria kambas yang che mat guna ni bersaiz sederhana. Kalau anda suka, boleh juga dicampur dengan udang segar. Tapi che mat guna ikan yang ditumbuk...errr mana eks ikan bilis dia, boleh tak nampak pulak, terover horse power leeer tu,menumbuk sampai hancur. Bila anda guna tauco, pastikan anda rasa dulu, kalau perlu baru tambah garam. Lagi satu che mat guna juga sedikit sos tiram, yang tu pun dah ada garam juga, jadi pandai2 lah anda adjust, ok...Resipi memang mudah, seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji peris kambas saiz sederhana
1 camca teh sos tiram
1/4 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
Garam jika perlu

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 camca teh tauco
1 camca besar ikan bilis, dibersihkan dan rendam 10 minit, toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Peria kambas dibelah 2, kemudian buang bahagian dalamnya, hiris serong sederhana tebal dan rendam dalam air yang dicampur sedikit garam selama 15 minit. Kemudian toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang air, kacau dan bila mendidih, masukkan peria kambas. Kacau dan masak hingga peria lembut.
  3. Kecilkan api, tuang telur pada keliling kuali, bila telur kelihatan kental sedikit, gaul rata dengan peria. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit garam. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

Post a Comment

3 Comments

  1. Oo campur tauchu dengan isi ikan Che Mat ? Wahh...lain ni, mesti sedap. Selalu saya cuma campur telor je.
    Mesti dicuba resepi Cik Mat ni.

    ReplyDelete
  2. terliur tgk lauk mat masak.. akak pun sama mcm lynn.. selalu campur telur je..

    ReplyDelete
  3. Yang ni sedapnya!!! Gaul dengan nasi panas campur kicap manis..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.