Assalammualaikum, salam Khamis....entri hari ni che mat share satu resipi tradisi orang2 kampung. Tapi mungkin ada yang belum pernah makan. Sedia maklum pokok betik ada yang jenis jantan dan betina, kalau pokok betina akan menghasilkan buah kalau pokok jantan, harapkan berbunga saja dan bunga dia pun agak berbeza dengan pokok betik betina. Tapi bunga betik jantan sedap dibuat urap, cuma che mat tak pastilah samada anda pernah rasa atau tidak. Rasanya lemak2 pahit, dan rasa pahit pun bukan lah sampai anda boleh pengsan, cuma pahit2 sedikit sahaja. Che mat pernah buat sekali dan ini kali ke-2 che mat buat. Kalau tekak kurang enak, sesuai makan urap bunga betik jantan ni. Jika suka pedas boleh tambah cili padi, tapi kebiasaannya urap memang satu hidangan tidak pedas dan menjadi salah satu lauk-pauk wajib untuk nasi ambeng....hmmmm, rasa nak bikin nasi ambeng pulak...bila eks?..
BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram bunga betik jantan, asingkan dari tangkainya (contoh di sini )
4 helai daun cekur, hiris halus (che mat tak letak)
3/4 cawan kelapa parut putih
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji cili merah (anda boleh guna cili padi)
1/2 inci kunyit hidup)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 inci ubi cekur
1/2 inci belacan, dibakar
CARA MEMBUATNYA :-)
- Bunga betik jantan dicuci dan toskan. Didihkan air, letak sekeping asam gelugor dan sedikit garam. Kemudian masukkan bunga betik tadi dan celur 30 saat. Angkat dan toskan. Biar sejuk.
- Dalam bekas lain masukkan kelapa parut putih, bahan tumbuk lumat dan gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan bunga betik dan hirisan daun cekur (kalau guna) gaul hingga semua rata.
- Panaskan kuali, kemudian goreng tanpa minyak urap tadi hingga urap terasa panas. Matikan api, rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama nasi panas..
3 Comments
tak pernah makan lg..nk beza jantan betina lg xreti.hihi
ReplyDeleteChe Mat.
ReplyDeleteSedap tuh. i mmg suka. I punya stail lain sikit ingeredient dari che mat.
Perghhh..dahla saya belum dinner lagi ni cik mat.rasa nak pi terjah rumah cikmat gebu terus ni..
ReplyDelete