Salam semua, errr..tak bosan ke che mat makan kue teow, kejap kue teow...kang tak lama lepas tu kue teow lagi...Senang cerita memang che mat suka kue teow, macam tajuk entri atas tu. Biasanya che mat beli 1 kg kue teow, dan kat rumah che mat bukan semua suka makan kue teow, maka che mat akan masak dalam kuantiti untuk 1-2 orang makan sahaja. Selebihnya simpan dalam freezer (bila nak guna panaskan dalam microwave dan boleh gunakan). Jadi kalau masa che mat rasa nak masak kue teow, che mat 'on' aje lahh nak2 kalau ada udang atau kerang, cuma kalau takde kucai, kurang kick, tapi takpe, taugeh ada pun dah ok. Kuantiti kue teow yang che mat guna ni kurang lebih 300 gram. Resipi ikut suka hati sebenarnya dan macam yang resipi sebelum ni, che mat guna sedikit petis atau otak udang..sedap ke guna petis dalam kue teow goreng tuuu?...hmmm, cuba lah dulu, baru tauuu....Ok jommm...
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram kue teow
1 genggam taugeh
1 genggam isi kerang
10 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan
1 biji telur, dipukul sedikit
3 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh petis @ otak udang
2 camca besar sambal tumis
1 camca teh kicap pekat
Sos ikan secukup rasa
Cili hijau jeruk secukupnya
Sedikit hirisan daun bawang
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 3 camca besar), tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan sambal tumis dan petis, kacau rata. Tambah kerang dan udang, masak hingga udang berubah warna.
- Tambah kicap pekat dan masukkan kue teow, gaul hingga rata. Tolak kue teow ke tepi kuali, masukkan sedikit minyak dan tuang telur, biar hingga telur kental, kacau hancur dan gaul rata dengan kue teow tadi.
- Perasakan dengan sos ikan secukupnya, masukkan taugeh, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan hidangkan bersama cili hijau jeruk... Sedap dimakan panas2.
9 Comments
sedapnya nampak ...
ReplyDeletekue teow jugak kegemaran ku, hari hari kue teow goreng pun x jemu, klu jemu jadi kue teow sup
Aslmkum Che Mat
ReplyDeletebetul tu Che Mat, kueteow mmg best tak jemu wpun selalu mkn...tambah kalau mkn dg cili jeruk....lagilah ummppp
Saya pon macam Che Mat, tak pernah jemu dengan hidangan kuew tiow,
ReplyDeletepaling terangkat bila dapat char kuew tious dengan udang segar..my fav!
saya pun suka kuey tiaw
ReplyDeletehusna juga suka kue teow..=)
ReplyDeletesaya pun hantu kuetiaw...sejak akhir2 ni kononnya nk diet, jd x ambillah nasi... sekarang ni kuetiaw pulak jadi makanan ruji.. bolehlah ambil resepi ni...hehe
ReplyDeletememang terbaik...;)
ReplyDeleteDulu Ciku tak suka kuey teow ..tp kuey teow TL masak sgt sedap dan ciku dah suka pada kuey teow skrg..hihi.:)
ReplyDeletesaya pun sangat suka dengan kue teow...
ReplyDeletesimpati dengan apa yg berlaku..semoga jadi pengajaran buat semua..