BEN ASHAARI

Friday, April 6, 2012

URAP BUNGA BETIK JANTAN..

rsz_dsc_2280
Salam petang semua, dah makan tengah hari?. Semalam kat FB mat ada letak satu status pasal bunga betik dan mat kata ada projek dengan bunga tu. Dan hari ni pagi2 tadi dalam jam 8, mat pi ambik bunga betik jantan tu. Plan memang nak buat urap. Tapi ada orang tak suka sebab rasanya pahit, mat tak kesah, pahit ke, masam ke, pedas ke, semua aku boleh...Kalau pahit kita gunalah bahan2 lain yang boleh mengurangkan rasa kepahitan. Ikut kata bonda, yang dia tau, dulu kala orang celur bunga betik dengan daun senduduk, tujuan untuk mengurangkan rasa pahit. Tapi mat guna kaedah senang saja, celur dalam air mendidih yang diletak garam dan 2 keping asam gelugor. Celur sekejap saja dalam 45 saat, toskan dan biar sejuk. Kalau urap, bahan utama ialah isi cekur dan daunnya. Tapi kalau takde, boleh juga tak letak. Mat guna cili padi nak bagi pedas. Urap macam ni, sedap dimakan bersama nasi panas, kalau tekak2 anda kurang selera atau demam ke, menu macam ni sesuai. Sebelum kita semak resipi, singgah dulu ke entri pilihan DTS di sini... Terima kasih.

rsz_dsc_2137
(Contoh bunga betik jantan)

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan bunga betik jantan
3 helai daun cekur, hiris halus
1/3 cawan kelapa parut putih
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 camca besar udang kering, rendam dalam air panas, dan toskan*
1 biji cili merah*
15 biji cili padi*
1/2 inci belacan*
1/2 inci kunyit hidup*
1 1/2 inci isi cekur*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air, masukkan sedikit garam dan 2 keping asam gelugor. Bunga betik diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Celur dalam air mendidih tadi selama 45 saat, angkat dan toskan. Biar sejuk. Asingkan asam keping, dan perah sedikit bunga betik tadi. Ketepikan.
  2. Kelapa digaul dengan bahan tumbuk halus hingga rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan hirisan daun cekur dan juga bunga betik tadi, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh hidangkan segera bersama nasi. Jika tidak habis, simpan dalam peti sejuk....

11 comments:

Watanabee said...

suka...yg pahit2 mcm ni...sedappp....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wah mat... sedap niii..!! akak suka bunga betik ni bila dimasak tauchu pedas2 campur ngan tauhu & udang segar.. tak pernah lagi dibuat urap.. mesti sedap jugakan.. bila blk kg je boleh jumpa ngan bunga betik jantan ni... kat sini mmg payah nak jumpa..

norhidana said...

kalu blik kg penah gk lyn tp mak suke bt ulam ngn sambal totok... mmg sedap tp pahitnyer aduh la

micasamawar said...

sedap tu...macam peria lah wlu pun pahit tetap sedap dimakan..

susumanis said...

cantik sgt pulok nk di makan urap ni CMG ya..hehe

Sis Lin said...

Salam Mat..

Pahit la bagusss, ubat darah tinggi..heheheheh

Eh, Mat klu pokok betik betina takde bunga la eh? ermmmm

Ribbon Clown said...

Salam cik mat,

Mak kita suka masak Gulai cili Padi bunga betik ng udang.. Sedap!

Watierman said...

Assalam CMG...wow ni lagi sedap dari salad2 yang mat salleh dok buat tu...by the way Akak mohon izin ya Che Mat...halalkan ya...resepi kek gulung serikaya mat yang sedap tu..Akak dah olah sikit dan sharekan di blog Akak..TQ ya Mat!

Pink Lavender said...

baru tahu bunga betik boleh buat ulam...selama ni tahu pucuk betik jerr

HaSue said...

Eh..macam ada jer betik jantan berbunga kat bawah tu..tp mcm dah tumbang kot..x konfiden dah nk gi amik bunger dier..tp x penah lg makan bunga betik nih..adakah pahitnya cam peria gitu?

ogyep yummy mellow said...

Macam HaSue gak... x pernah makan bunga betik.. mesti pahit kan... tapi, CMG buat dia nampak sedap la..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.