Salam pagi Jumaat semua, dah sarapan? Pagi ni mat buat lempeng nasi, nampak aneh ke?, Hmm takde lah kan, biasa2 saja. Ada nasi sejuk semalamnya berbaki dalam 2 cawan. Nak buat nasi goreng macam dah jemu giler, nak buat cekodok kang, guna banyak minyak pulak. Mat fikir2 kalau kita buat lempeng ok tak eks?.. Jadi mat seperti biasalah, gunakan daya imaginasi ku untuk membuat lempeng nasi, dan hasilnya..lembuttt u dan kata big boss, kalau makan dengan air gula melaka dah macam kueh serabai. Tapi yang ni mat cicah dengan kuah kari ala Goa yang mat buat semalam.
Cara mat buat ni ala2 drop pancake, iaitu, mat guna non-stick pan saiz 10 inci yang dipanaskan, lenser dengan sedikit minyak zaitun (atau minyak masak biasa pun ok). Kemudian, tuang 1/3 cawan adunan lempeng nasi tadi pada tengah2 pan, biar dia tersebar sendiri, jangan gelek2kan pan tu. Biar sampai permukaan dia nampak pucat dan berlobang2. Terbalikkan dan masak hingga perang. Masa masak tu, jangan gatal tangan nak cuit2, biar dia betul ok, baru terbalikkan. Lempeng nasi ni bukanlah nasi semata2 mat ada letak tepung gandum, tapi bahan2 dia cuma 5 sahaja. Ini pun satu cara nak elakkan pembaziran nasi yang tidak habis. Kalau nak cuba, resipi seperti dibawah...
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
3 cawan air
1 1/4 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
2 camca besar minyak masak (mat guna minyak zaitun)
Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah
CARA MEMBUATNYA :-)
- Kisar nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas dan biarkan sekejap.
- Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlobang2.
- Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis. Selamat mencuba!!.
14 Comments
sedapnyeee.. baru semalam makan jemput nasi.. lempeng nasi tak pernah rasa lagi..
ReplyDeletemesti sedap kan......
ReplyDeletenanti bolehlah try buat
kreatif la cik matttt. terpesona saya. hehehe.
ReplyDeleteKreatifnye.. kasih mohon copy resepi ye.. nak test buat...
ReplyDeletenant nak ajak mak una buat la..sedap je tgok
ReplyDeletekretifff la che mat ni.....
ReplyDeletenampak pun sedapp sangat...
elok elak pembaziran...
Wahau tgk la lempeng tuuuu serius telan air liur walaupun sekang ni tengahari...oooo guna kuali 10 inci ehh nk cari lah...suma nk tiru kan..!!!
ReplyDeleteNak cube la nnti...yuhuu
ReplyDeleteNak cube la nnti...yuhuu
ReplyDeletekreatif! akak suka! akak salin resepi dulu ehh! tp jgn tanya nak buat bila.. hehe...
ReplyDeleteboleh try ni. memang dah bosan asyik buat nasi goreng jer dgn nasi sejukkk tu... thanks a lot!
ReplyDeleteSubhanAllah...pandai nye che mat ni...akak baru tercari-cari resipi untuk nasi berlebih ni...sayangnya nak buang...dulu-dulu masa kecik bole bagi ayam makan...Jazakallah..
ReplyDeleteAda bibik Indoneisia tu buat keropok, nasi lebih ni...macam mana nak buat tak tau lah...
kreatifnya che mat ni. Thanks for the idea !! Pasni nasi semalam takdelah bazir lagi, kdg2 tatau nk buat apa biar je basi :(
ReplyDeleteSelamat petang. Saya dah cuba resepi lempeng nasi ni pagi tadi. Tapi, adunan untuk yang ni terlalu lembut, susah untuk diterbalikkan di dalam kuali. Saya tak letak minyak dalam kuali masa masak, baru ok kejadiannya.
ReplyDelete