CEKODOK @ JEMPUT-JEMPUT UDANG....

rsz_cekodok_udang
Salam semua, petang tadi che mat buat cekodok udang. Dah lama juga tak buat cekodok tapi tu hari kat Instagram, sorang geng blogger che mat, Datin Adish Shida, telah menayang cekodok yang beliau buat. Nampak sedap aje, maka hari ini giliran che mat pulak mencekodok. Ini kira satu hidangan biasa bagi orang2 Malaysia. Dan lazimnya ia dihidangkan sebagai sarapan pagi atau pun untuk minum petang. Ada pelbagai  variasi cekodok, samada yang manis atau yang savory. Satu lagi anda boleh pelbagaikan bahan2 dalamnya, nak campur udang, ikan bilis atau apa saja yang anda rasa boleh, termasuk isi ikan, sosej atau crab stick (jejari ketam). Boleh juga ditambah bawang besar, cili merah/hijau, daun sup/daun bawang, taugeh dan sebagainya. Cekodok sedap dimakan panas2 bersama cili sos atau apa saja sos kegemaran anda. Anda boleh guna tangan atau sudu untuk menjemput adunan cekodok ke dalam kuali, kalau guna tangan berhati2 jangan sampai jari2 mulus anda ikut tergoreng....hehe...Jemput makan semuaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam isi udang (atau ikut budget anda)
1 biji bawang besar, didadu
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 cekak kucai, kerat pendek
1 biji telur
3/4 camca teh baking powder
2 1/2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 diatas kecuali air dan garam, gaul rata, tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Tambah garam secukup rasa, kacau rata2 dan rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Jemputkan adunan cekodok samada guna tangan atau sudu ke dalam minyak sederhana panas. Jangan buat banyak sangat bergantung pada saiz kuali yang anda guna. Balik2kan hingga cekodok masak sekata dan perang keemasan.
  3. Angkat dan toskan, kemudian letak atas kitchen paper towel. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan cekodok panas bersama sos pilihan anda, jangan lupa kopi atau teh O panas sebagai pelengkap..

Post a Comment

8 Comments

  1. jemput udang ni syok kl x berminyak..cer bagi tips sket nak elakkan byk minyak...mmg potong stim nak makan kl berminyak sgt...

    ReplyDelete
  2. Salam Mat, yuhuuuu...tension sungguh tengok cekodok kucai ko nih....akk mmg suka kucai taaauuu...Smlm ayam kucai ek, hari ni cekodok kucai, esok ada kucai lgk tak? Goreng kueteow kucai pulak yeaa....heheheheh

    ReplyDelete
  3. che mat...

    baru jam 10.09 perut i dah berbunyi bila tengok gambor cucur udang

    ReplyDelete
  4. Jangan luca cicah bersama sos cili JALEN utk rasa yang lagi mantop!

    ReplyDelete
  5. paling suka kalau letak bawang, kucai n tauge banyak2....cicah plak dengan sos jalen..ummmph sedap nya...

    pcm shda jemput dengan tangan je..hehehe..kadang2 terkena juga la jari nie dengan minyak panas

    ReplyDelete
  6. Tu diaaa nqk menyucor la lepas ni

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.