Assalammualaikum, salam Rabu. Entri mudah dan ringkas untuk tengah hari ini. Cm ada juga masak asam pedas ikan terubuk untuk Bak, tapi tak perlu lah buat entri, dah selalu sangat. Ada cerita sebalik terung berlado ni. Mula2 cm plan nak masukkan terung dalam gulai asam pedas, tiba2 Bak buat lawatan mengejut di dapur, dan dia kata campur nenas dalam asam pedas, bahanakan nenas tu memang ada cm beli, maka cm ganti lah terung dengan nenas. Dan terung tadi cm tambah lagi sebiji, ku buat terung berlado ala Padang....Padang tu di Indonesia, bukan padang bola. Masakkan macam ni sedap dimakan bersama nasi panas. Sambal untuk terung berlado, secara tradisinya memang ditumbuk kasar dan tak perlu halus sangat. Kalau anda nak tabur sedikit ikan bilis goreng pun boleh sebagai hiasan..Resipi seperti berikut..
BAHAN-BAHANNYA :-)
4-5 biji terung ungu saiz kecil (cm guna terung 'sakura pearl')
5 biji cili merah*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji buah keras, hiris*
1 biji tomato merah, buang biji*(*ditumbuk hingga hancur, tak perlu halus sangat)
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Terung dibelah dua, kerat dua setiap belahan. Rendam dalam air garam. Panaskan non-stick pan, dengan sedikit minyak. Toskan terung, kemudian goreng hingga layu. Angkat dan susun dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah jus limau kasturi, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang atas terung tadi dan tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan....Sedap dimakan panas..
13 Comments
Eh adik... terung purplelah bukan biru hihi...
ReplyDeleteMerah warna dlm gambar pun kakak dah terliur tau:)
@ kak zakie - hahahaha...ok ok,edit balik...terima kasih kekanda ku Kak Zakie...hehe...
ReplyDeleteTerung balado ni memang makanan indonesia. Sedap nya
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteRingkas tapi confirm sedap ni kan..:)
ReplyDeleteoooii sedap la.
ReplyDeleteade masa try la mesti best...
ReplyDeleteomak den suko yg ini...
ReplyDeleteLebih menyedapkan hidangan ni sbb dia guna cili nerah bukan cili kering kan cm? Eh tapi saya mmg perasan orang sana suka guna cili merah berbanding cili kering kan?
ReplyDeletesedapnya terung goreng belado CM...
ReplyDeletefuh....nda thn tgk pic tu...aku memang peminat terung tp minat klu bakar jak...tp sejak preggy ni muak plak mkn yg bkr2...hm....tq so much for the resepi...ble la try lepas ni:)
ReplyDeletehttp://jumnutriblog.blogspot.com
Mmm..nk suruh my husband masak cam nie..kalau tk tiap x beli terung mesti uat bakar???
ReplyDeletekalau x de selera makan, mesti ambo singgah kt blog che mat.huhuhu..
ReplyDelete