Assalammualaikum, salam Ahad. Cm macam nak berehat panjang dari berblog, tatau bila, mungkin bulan puasa nanti, tengok lah macam mana. Hmm ada yang kata cm ni asyik cakap je, nak slow down lah, malas berblog lah dan macam2 lagi. Memang cm dah mula rasa boring dan penat, tapi tu lah, kenangkan mereka yang singgah bila tengok takde entri baru (waimah entri ulang tayang sekali pun, tapi baru bikin) sah2 mereka rasa kecewa. Jadi cm masukkan lah juga apa2 yang cm masak. Boleh dikatakan sejak berblog memang jarang sangat2 cm tak update blog, kalau ada pun sehari dua atau lama sikit, itu pun sebab2 teknikal atau kekangan masa. Hari ni cm tiba2 tergerak hati bikin kuih seri muka, tapi kasi twist sikit ala2 nyonya. Kenapa pulak nyonya?...kerana...
Cm kasi pulut tu kaler biru sikit, biru tu bukan warna tiruan, tapi warna asli dari bunga telang. Menjadi kebiasaan orang peranakan akan membuat satu2 kuih atau makanan itu beridentitikan kaum mereka. Warna biru dari bunga telang juga digunakan untuk nasi kerabu yang macam pernah cm buat dulu di sini. Resipi asal kuih seri muka cm ambik dari blog Kak Ida 1001resipi yang femes tu, di sini. Buatnya agak mudah dan apa yang penting, anda kena baca resipi dengan teliti dan ikut sukatan yang diberi, insha Allah akan menjadi dengan baik. Untuk warna biru tu anda boleh skip kalau tak suka. Biar guna pulut putih saja sahaja. Satu lagi, kuih biar sejuk betul2 sebelum dipotong mengguna pisau plastik. Resipi seperti berikut...
BAHAN-BAHAN BAWAH (PULUT) :-)
350 gram pulut, cuci dan rendam 3 jam (cm guna pulut susu, rendam 45 minit saja), toskan
230 ml santan cair
1 camca teh garam
1/2 camca teh minyak makan
1 helai daun pandan, disimpul
25 kuntum bunga telang, tumbuk lumat*
1 camca besar air panas*(*disatukan, gaul rata perah untuk mendapatkan kaler biru, tapis)
BAHANA-BAHAN ATAS (KEPALA) :-)
300 ml santan
3 biji telur gred A
4 helai daun pandan, potong kecil
180 gram gula pasir
4 camca teh tepung jagung
2 3/4 camca besar tepung gandum
Beberapa titik pewarna hijau makanan
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK LAPISAN BAWAH (PULUT) :- Panaskan kukusa. Lenser acuan bulat berukuran 9 inci dengan sedikit minyak makan, kemudian alas dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Ketepikan.
- Masukkan pulut ke dalam acuan. Satukan garam, minyak masak dan santan. Kacau rata dan tuang ke dalam pulut tadi. Letak daun pandan dan kukus 20 minit. Keluarkan 1/3 bahagian pulut dan campur dengan jus bunga telang (warna biru), kacau rata. Kemudian tompok2kan pada pulut putih (yang ini ikut kreativit anda lah yea). Kukus 5 minit lagi. Keluarkan dan tekan padat2. Ketepikan.
- UNTUK LAPISAN ATAS (KEPALA) :- Kisar dan pandan dan santan, tapis dan perah untuk mendapat santan pandan. Pukul telur dan gula hingga berkrim. Masukkan santan pandan, garam, pewarna hijau makanan, tepung jagung dan tepung gandum. Kacau rata dengan whisk hingga licin. Tapis ke dalam bekas tahan panas. Kacau atas air mendidih (double boiler) hingga bancuhan suam. Matikan api.
- UNTUK KUIH SERI MUKA :- Tuang kepala kuih atas pulut. Tutup permukaan tin dengan aluminium foil dan sambung kukus untuk 25 - 30 minit, guna api sederhana. Bila masak buka aluminum foil dan biar kuih sejuk sekejap dalam kukus. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong. Hidangkan....
CATATAN MAT GEBU :- Cm guna acuan bulat 9 inci jenis spring form tin, ini memudahkan anda untuk mengeluarkan kuih bila sejuk nanti. Kalau anda nak kacau bancuhan kepala atas api, juga boleh, tapi bagi yang baru nak mencuba, elok buat macam cm, untuk mengelakkan ia hangus dan menjadi terlalu kental..
9 Comments
Pengsannnnnnn!
ReplyDeletesiap ada yg kaler biru tuh.. biasa kaler hijau ngan putih je
ReplyDeleteHijau biru terbaik :)
ReplyDeleteJom Singgah, "Citra Nukilan Sekadar Perkongsian">> " AKU ANAK PAHANG "
Sedapnya..Lapor Plak..
ReplyDeletehttp://shafiqhashim.blogspot.com/2013/05/kelab-kipas-blogger-dan-iklan-jualan.html
Hmmm bila la leh makan masakan PCM ni
ReplyDeletefirst time nengok seri muka ada pulutnyer ada layer2 kaler camtu..bertambah-tambah seri, seri muka itu!!!
ReplyDeletecm, kat mane nak beli pulut susu tu?bese xjumpe la kt jb ni...
ReplyDeleteSalam perkenalan CM....
ReplyDeleteBila tengok seri muka ala nyonya CM tu....terlio pulak, kalu duduk sebelah rumah rasanya dah bawa piring dah....tapi apakan daya.....jauhh tu.Nampak gayanya kene buat sendiri le....ambil resepi ye. Tkasih
Salam Cik Mat.. teruja betul tengok kuih-kuih kat sini... tak tahan nak cuba.. seri muka ni favorite suami dan anak-anak saya..bulan puasa ni kena jadi resepi wajib nih..terima kasih share ya!
ReplyDelete