BEN ASHAARI

Monday, February 4, 2013

GARA2 BEN ASHAARI...AKU BUAT NASI KERABU..GRRR!!..

rsz_nasi_kerabu1
Assalammualaikum, salam Isnin..dah makan?...Hari ni cm buat nasi kerabu, sebenarnya niat nak buat tu dah ada sejak beberapa hari lepas. Namun tak berapa nak teruja sangat, salah satu sebabnya ---> 'malas' erkk..hehe. Tapi semalam Ben Ashaari dengan berlagaknya menayangkan nasi kerabu yang dia makan di sini, keji gileerr mamat tu, arghh tak boleh jadi nih, maka dengan rasa rajin meluap2, pagi tadi cm bangun dan buat. Sebenarnya kalau nak beli pun boleh, tapi kalau buat baru tau keseronokkannya. Sambil2 tu boleh juga buat entri diblog. Nasi kerabu satu hidangan sihat. Bayangkan nasi yang dimasak dengan jus bunga telang untuk mendapat warna biru asli. Kemudian dihidangkan dengan pelbagai jenis ulam2man yang segar. Ada juga disertakan dengan lauk-pauk tambahan seperti ayam dan daging panggang, solok lada, keropok dan sebagainya. Tapi ikan goreng tepung antara yang wajib ada selain sambal kelapa dan sambal budu....hmmm....

rsz_nasi_kerabu5rsz_nasi_kerabu4
Untuk nasi, cm guna beras basmathi dan dimasak dengan jus bunga telang. Kalau anda kurang pasti bunga telang tu macam mana, boleh lihat bunga yang ada atas nasi. Yang tu lah bunga telang. Juga banyak digunakan secara meluas dalam masakan orang2 peranakan baba nyonya. Selalunya nasi kerabu menggunakan ikan kembong batu (jenis kecil) yang dicelop tepung dan digoreng. Mungkin juga ikan lain boleh digunakan, seperti ikan selayang atau sardine. tak jadi masalah rasanya...

rsz_nasi_kerabu3rsz_nasi_kerabu2
Dihidangkan dengan pelbagai jenis ulam2man. Pada pendapat cm, ulam2 tu terpulang pada anda banyak jenis mana nak guna, cm guna kurang lebih 11 jenis ulam2man. Sambal kelapa antara benda harus ada. Sambal kelapa tu kalau diperhatikan seakan2 serunding kelapa sebenarnya. Selain itu, telur asin, sambal budu dan juga sambal sotong sebagai pelengkap. Kerana cm tak de ayam atau daging untuk dibakar, maka tiadalah benda2 tu semua. Nasi kerabu sedap dimakan sejurus anda gaulkan ulam2 tadi bersama nasi dan dicampur sekali sambal budu....Resipi cm ambik dari buku "Variasi Masakan Pantai Timur", tulisan Chef Norzailina Nordin., dan mat ada lakukan penambahan terutama ulam2mannya, minta halal yea Kak Norz...Anda ingin mencuba?......Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHAN UNTUK NASI :-)
3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
25 kuntum bunga telang, cuci, tosk dan tumbuk lumat*
2 camca besar air suam*(*disatukan dan perah untuk jusnya, tapis)
4 1/3 cawan air + jus bunga telang tadi
1 helai daun pandan, disimpul

BAHAN-BAHAN SAMBAL SOTONG :-)
500 gram sotong (mat guna sotong kembang) dipotong
2 camca besar sos cili
1 camca besar gula merah
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
3 biji cili merah (mat guna 4)*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN SAMBAL BUDU :-)
350 ml pati santan
10 - 12 tangkai cili kering, hiris dan rendam hingga lembut*
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 cm halia*(*dikisar halus)
1 keping asam gelugor
4 camca besar 'budu'
1 camca besar gula

BAHAN-BAHAN SAMBAL KELAPA :-)
1/2 biji kelapa, diparut putih (kurang lebih 1 1/4 cawan)
1 ekor ikan kembong, dibakar, ambil isinya dan tumbuk
5 biji bawang merah*
2 batang serai, hiris*
1/2 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN ULAM :-)
Hirisan daun selom, secukupnya
Hirisan pucuk ulam raja, secukupnya
Hirisan kacang panjang, secukupnya
Hirisan kacang botor, secukupnya
Hirisan halus bunga kantan
Hirisan daun kesom, secukupnya
Hirisan kobis, secukupnya
Hirisan halus serai (bahagian putih sahaja) secukupnya
Hirisan halus timun, secukupnya
Hirisan halus daun kunyit, secukupnya
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Ikan kembong goreng celop tepung
Telur asin
Belahan limau nipis
Keropok (tak letak, sebab takde)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK NASI :- Masukkan beras dalam periuk nasi elektrik, tuang air + jus bunga telang dan masukkan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga nasi tanak, biar betul2 masak dan boleh gemburkan dengan chopstick (kalau anda nak guna beras siam, sukatan air 1 nisbah 1, atau 1 bahagian beras : 1 bahagian air).
  2. UNTUK SAMBAL SOTONG :- Celur sotong kembang sekejap dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sos cili dan gula merah. Masak hingga terbit minyak. Masukkan sotong, perasakan dengan garam secukupnya. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matika api.
  3. UNTUK SAMBAL 'BUDU' :- Masak santan kelapa dengan api sederhana hingga keluar minyak, kacau selalu. Masukkan bahan kisar halus, budu dan asam gelugor. Tambah gula dan masak hingga pekat. Matikan api.
  4. UNTUK SAMBAL KELAPA :- Goreng kelapa parut putih hingga wangi dan perang sedikit. Kemudian gaul dengan bahan2 tumbuk halus. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. UNTUK NASI KERABU :- Senduk nasi secukupnya ke dalam pinggan sesuai. Letakkan semua ulam2 tadi dalam kuantiti yang secukupnya (jangan banyak sangat). Letak bahan sampingan dan hidangkan bersama sambal kelapa, sambal budu dan sambal sotong. Sedap dimakan dengan sambal sotong sejurus anda gaulkan nasi tadi dengan ulam2man, sambal kelapa dan sambal bulu...
CATATAN MAT GEBU :- Untuk sambal budu tu, mat guna 10 biji cili padi merah thai dan 2 camca besar cili kisar. Anda boleh guna apa2 saja ulaman yang anda rasa nak letak, tapi pastikan ulam2 tadi dicuci, kasi tos kering2..dan baru dihiris halus. Untuk ikan pula, cm guna ikan kembong saiz kecil atau ikan kembong batu...Selamat mencuba!!! (*____^)

23 comments:

Miss arfisa said...

sedapnya.. nakkkk

Ibu Amirul said...

baru tau nama bunga untuk buat nasi kerabu jadi biru

Cik Eka said...

lapar

sangat

sekian,terima kasih

hahahaha

faa.rosli said...

terliur!

Nurulhuda Abdul Latip said...

Ya Allah sedapnya....:)

pink.plate.liyana said...

UWAAAAAA...mlelehnya air liur..nak buat malas..beli xbpe nak sedap kat kl ni..

E Y C H A said...

Cm Sedenak kt mana...teringin nak jumpa..huhuh... saya kt bandar putra jek

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wahh mat... mantap! lengkap! mmg lazatttt...
akak pun ada wat nasi kerabu baru ni.. lom update lagi.. tp nasi kerabu akak versi malas jer... keke..

musa nora said...

ya Allah sedpny nsi kerabu..peberettt sya ni

It's me... said...

Che Mat... zalimnya gambar tu!!!
Begitu biru sekali. Kecur gire!!!

P.A. said...

wah...menariknye nmpk....terliur sy kat sini :)

laskar pelangi said...

sedap sedap;)))

Azierazwan said...

Wah ! Berselera saya tengok nasi kerabu biru ni....dah lama x mkn nasi kerabu.

pantai said...

kat rumah saya ada tanam banyak bunga telang ni...

Dik Ja said...

sedap nyo..

Nur-nba said...

Aduh sedapnya.. Memang Cik Mat dah buat kami terliur... ;)

Ben Ashaari said...

weee.... minggu depan balik kelateeee.... nasi kerabuuuuuuu ..

Hana Jalil said...

Banyak nye bahan-bahan dia. hoho. nampak macam sedapp. hurmm nanty nak try buat la. :D

Waney Zainuddin said...

nasi kerabu ni antara menu feveret masa bukak puasa :D
Kisah Ibu Pencen Muda

Kaki Sembang said...

kalau blk trg mmg x lepas laa nasi kerabu nie..haha..peveret nie..tapi gmbo che mat kiter mmg gempak..mlm nie tgk terus ingt nk blk kg lol...terbaik che mat...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

cantiknyaaaaaaaaaa biru nasi tu cm

lina said...

adoiiiiii CM, tergoda btl la. nk buat mcm ada virus 'M' ckit. dah lama x mkn ni.

Mx Christianto said...

Kami menyediakan berbagai macam kebutuhan anda mengenai kembang Teleng /Bunga Teleng
1. Bibit benih (Biji) yang dikemas dan berisi : 100 biji, 200 biji dan 500 biji atau lebih banyak lagi sesuai dengan permintaan/kebutuhan anda.
2. Bunga Teleng kondisi segar (baru dipetik dari pohon) dalam kemasan berisi 200 bunga, 400 bunga, dan 500 bunga, atau lebih banyak lagi sesuai dengan permintaan/kebutuhan anda.
3. Bunga Teleng yang sudah dikeringkan dalam kemasan, berisi 200 bunga kering, 400 bunga kering, dan 500 bunga kering, atau lebih banyak lagi sesuai permintaan/kebutuhan anda.
4. Bibit pohon kembang teleng yang belum berbunga, usia pohon antara 2 - 3 bulan dengan ketinggian 20 cm- 30 cm
5. Pohon Kembang Teleng yang sudah berbunga antara 1 – 4 bunga dan bunganya bisa langsung anda petik sendiri.
Silahkan bagi yang berminat dan ingin segera memiliki, hubungi kami melalui telepon/SMS ke nomor :
081384824904
BB :
KC Nursery
Christo

DAPATKAN BERBAGAI MACAM KHASIAT DAN KEGUNAAN KEMBANG TELENG DALAM KEHIDUPAN SEHARI HARI ANDA....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.