ROTI CANAI GORENG PEDAS...LAGI..

rsz_roti_canai_pedas
Assalammualaikum, salam Jumaat. Sebelum tu, entri yang anda nampak ini bukan mat masak hari ni, tapi dah 2 hari lepas. Sebab dah blurr, tatau dah apa nak masak untuk sarapan, maka cm buat resipi ulang tayang dan asal2 nya MamaFami yang bikin. Cm pernah buat sekali dulu. Ini satu idea yang bagus, kadang2 bosan juga makan roti canai macam tu saja. Sekali imbas dah macam kue teow goreng pun ada juga. Buatnya mudah dan tak perlu masa yang lama. Cm guna 2 keping roti canai. Kalau anda guna yang jenis instant, bagi masak dulu, baru dibuat roti canai goreng. Sebenarnya nama je pedas tapi cm rasa idok leer pedas mana gamaknya, setakat pedas gitu2 jee leerr...Kalau anda nak powernya pedas, topup cili padi ok, baru berasap....Kita lihat resipi, nanti cuba buat untuk keluarga anda, mesti ada yang rasa teruja nak makan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping roti canai/prata (kalau guna yang instant, kasi masak dulu)
6 - 7 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 batang jejari ketam, kerat pendek
2 camca besar sambal tumis (boleh guna sambal yang anda dpt masa beli roti canai)
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 genggam taugeh, buang ekor dan cuci dan toskan
1 pokok sawi bok choy (sawi jenis kecil) siang berasingan batang dan daunnya
Sos ikan secukupnya (jika perlu)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Roti canai digulung, kemudian hiris kecil (saiz kurang lebih macam kue teow) ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan sambal tumis, cili sos dan sos tiram, kacau rata. Masukkan jejari ketam dan udang, masak hingga udang berubah warna.
  2. Tambah batang sawi dan masak sekejap. Masukkan roti canai dan kacau rata. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur. Biar mengeras sedikit, kacau rata dan gaul dengan roti canai tadi. Masukkan taugeh dan daun sawi, kacau dan rasa, jika perlu baru renjiskan sedikit sos ikan. Masak sekejap dan matikan api.
  3. Tabur hirisan daun bawang, cili merah dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Kalau suka boleh hidangkan bersama hirisan timun dan sos cili...Selamat mencuba!!..

Post a Comment

7 Comments

  1. terbaik. boleh lah fyna cuba nih ^_^

    ReplyDelete
  2. firstime dgr..roticanai goreng...jd tak penah rasa msti sedap......

    ReplyDelete
  3. Hah, sebijik macam kue teow! ZRoti canao rupanya :) Menyelerakan. mesti try

    ReplyDelete
  4. Hah, sebijik macam kue teow! ZRoti canao rupanya :) Menyelerakan. mesti try

    ReplyDelete
  5. selalu jugak buat macam nie klu dah bosan makan roti canai....pertama kali try dulu kat kedai mamak..terus jatuh cintan

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.