rsz_urap_pucuk_kacang
Assalammualaikum, petang semua. Entri seterusnya cm letak satu resipi urap, tapi kali ni urap yang agak berbeza. Cm guna pucuk kacang. Bukan pucuk kacang panjang atau kacang buncis, tapi memang nama sayuran ini dipanggil pucuk kacang. Biasa ada dijual di Tesco dan pasaraya2 lain termasuk pasar basah. Masa pertama kali beli dulu cm cuba masak tumis dengan bawang putih dan udang, seriuss sedap dan harum. Rasanya lemak2 manis. Hari ni cm saja nak bereksperimentasi dengan sayur pucuk kacang dijadikan urap. Dan, alhamdulillah hasilnya amat amat memuaskan, dalam erti kata lain....sedap...dan tidaklah aneh atau pelik. Selalunya urap tak berapa pedas, tapi cm suka urap yang terasa sedikit pedas, jadi cm guna cili padi dan cili merah. Bagi anda yang tak suka pedas, boleh guna cili merah sahaja. Satulagi kalau sebut urap, cekur atau kencur paling penting, pada cm, hilang identiti urap kalau takde rasa cekur dalamnya...

rsz_pucuk_kacang
Bagi yang tatau rupa pucuk kacang tu, boleh lihat gambar atas ni, daunya kecil dan batangnya seperti taugeh. Ada juga yang kata, kalau goreng mi, gantikan taugeh dengan pucuk kacang, lagi sedap..Tu yang cm nak cuba nanti... Ok resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram pucuk kacang, cuci dan toskan sampai betul2 kering
1 cawan kelapa parut putih
1 gengga, ikan bilis, dibersihkan, cuci dan goreng garing
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam dalam air panas 10 minit, toskan
1/2 inci belacan, dibakar
1 biji cili merah
10 biji cili padi
2 inci isi cekur
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, gaul kelapa parut putih dengan bahan tumbuk halus hingga rata. Tambah sedikit garam (rasa dahulu sebelum letak garam) dan secubit gula. Gaul lagi hingga rata. 
  2. Masukkan sayur pucuk kacang dan gaul hingga rata. Panaskan kuali dan goreng tanpa minyak urap tadi hingga sayur sedikit layu. Matikan api dan angkat. Tabur dengan ikan bilis goreng sebelum dihidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..