rsz_megi_kari_ketam1
Siapa suka makan mi maggi?...ada yang suka, ada yang tak...Terpulang pada masing2. Apa2 benda dalam dunia ni kalau anda makan banyak...banyak...banyak...sangat, ia akan mendatangkan mudarat, jadi  pepandai lah budget sendiri bila time nak makan atau sebaliknya. Sebenarnya cm mula rasa nak demam, tapi masih ok lagi, cuma bila nak demam, cm jadi begitu sensetif, mengada2 tahap baby kena ruam lampin...grrr...tak suka perasaan macam tu, tapi tu lah, dah memang tebiat. Cepat nak marah, lepas tu cepat pulak terasa, kalau cicik lalu, dia tak jeling kat cm, pun cm akan terasa hati...bayangkan punya kritikal aku kalau time tak sehat, tu pasal cm risau kalau demam. Tapi aktiviti dapur masih ok, berjalan seperti biasa, alah demam je pun bukan apa sangat...tapi kalau dah ajal, demam pun boleh buat sebab untuk pergi tak kembali, yea tak?.. Errr moga Allah swt panjangkan usia che mat, doakan yea...huhu

rsz_megi_kari_ketam
Entri mi maggi ketam ni yang cm masak pagi tadi. Plan nak buat semalam, tapi tak jadi sebab dah masak benda lain. Pagi tadi cm masak awal, jadi untuk sarapan cm buat mi maggi ketam. Guna mi maggi kari, kalau perisa tomyam pun sedap juga. Takde resipi yang khusus, ikut selera jelah, campak apa yang patut, janji ketam ada. Kalau guna udang, letak nama mi maggi udang, kalau guna ketam dan udang, letak nama mi maggi seafood. Kata orang, cm kalau masak apa2 nampak meriah sangat. Tapi orang kita memang suka yang meriah, majlis kawen pun nak yang meriah, jadi benda2 makan kalau meriah apa salahnya...Ikut budget anda lah, kalau nak over meriah, boleh saja lambakkan 2-3 ekor ketam sekali gus..gasak lah, tak sapa nak marah. Satu yang bess mi maggi bila ada ketam, kuah dia jadi sedap sangat...seriuss, tak cakap tipu, nanti anda cuba sendiri, lepas tu kasi feedback...okehh!!...Jomm resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mi maggi perisa kari, asingkan perencahnya
1 pelepah sawi putih, siang berasingan batang dan daun
1 biji telur
1 ekor ketam bunga, cuci bersih dan kerat 2
1 camca besar sambal tumis
1/2 camca besar sos cili
1/4 camca teh serbuk lada hitam
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia
Air secukupnya (anggaran 3 cawan)
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Limau kasturi, belah 2, untuk hiasan
Sebiji tomato ceri, dibelah 4, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 1 camca besar), tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, tambah sambal tumis dan sos cili, kacau rata dan tuang air, biar mendidih. Masukkan ketam dan masak hingga ketam berubah warna (kurng lebih 5 minit). Angkat ketam tadi dan ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kecilkan api, masak hingga telur mengeras. Tambah batang sawi dan mi maggi, kacau perlahan dan masak hingga mi lembut. Masukkan serbuk lada hitam dan daun sawi, kacau rata dan masak sekejap. Jika suka kuah lebih, boleh tambah sedikit lagi air.
  3. Tuang mi maggi ke dalam mangkuk yang sesuai, letakkan ketam tadi atasnya, tabur dengan hirisan daun sup dan cili merah. Letak limau kasturi dan hidangkan segera. Sedap dimakan panas...meleleh air liurr!!!....hmmm..