TERUNG MASAK LEMAK PUTIH....KENANGAN BONDA.

rsz_lemak_putih_terung
Assalammualaikum, salam semua. Dua hari cm tak update blog, bukan apa keadaan sungguh tak mengizinkan. Sebenarnya Bak tak berapa sehat sejak2 ni dan cm tak punya banyak masa untuk menyediakan bahan2 untuk blog. Masak pun ala kadar saja, namun begitu pada cm masak ala kadar tidak mengapa, asalkan masak. Alhamdulillah Bak makin ok, cuma masih lemah, sebab kurang makan. Hari ni cm berkongsi satu menu yang begitu memberi kenangan pada bonda. Kata bonda masa dia kecik dulu, masakan pertama yang dia masak ialah terung masak lemak putih. Zaman tu takde dapur gas , jadi guna dapur kayu, maka kuah terung tak jadi putih sangat, sebaliknya jadi sedikit kelabu, ini kerana masa bonda meniup bara api, abu termasuk dalam masak lemak tadi. Pada cm masakan orang dulu2 lebih sedap dan sehat kerana mereka lebih banyak menggunakan bahan2 alami, masak guna dapur kayu, periuk pulak yang diperbuat dari tanah, senduk pula dari tempurung yang dibuat sendiri. Dan yang lebih sehat lagi, terung dipetik dari kebun sendiri, tanpa racun serangga dan tanpa penggunaan baja kimia. Dan cm ucaplan terima kasih pada blogger ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji terung biru (cm guna terung organik)
1 camca besar udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
2 1/2 cawan santan cair
1 cawan pati santan
1 helai daun kunyit, disiat
1 biji cili merah, hiris
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibuang sedikit kulitnya, belah 2 dan kerat 2 setiap belahan. Kemudia buat belahan tak putus untuk setiap bahagian terung. Rendam. Toskan udang kering, tumbuk kasar. Ketepikan.
  2. Masukkan udang kering, hirisan bawang merah, bawang putih dan santan cair ke dalam periuk. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan terung (toskan) dan masak sekejap. Tuang pati santan dan tambah daun kunyit. Biar mendidih dengan api kecil, kacau selalu.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah, masak hingga terung lembut, tapi tidak lembik. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan juga ikan goreng/ikan masin.

Post a Comment

2 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.