SUJI CARROT UPMA

rsz_suji_carrot_upma
Assalammualaikum, salam Isnin. Cm tak masak apa2 ke hari ni?...Yep cuti masak dan dah mula malas nak masak. Entri yang cm letak hari ini, cm buat beberapa hari lepas. Tiba2 cm terpikat dengan satu resipi yang diberi nama "UPMA", ia sejenis makanan orang2 India terutama di bahagian selatan India. Diperbuat dari semolina atau suji yang dimasak pekat dan dicampur dengan rempah ratus. Resipi asal cm dapat dari blog Madiha di sini. Kalau diperhatikan rupanya seakan2 kuih talam dan rupa asli upma ini kurang lebih macam telur hancur atau scramble egg. Tapi cm ikut resipi Kak Madiha dan cm bentuk seakan2 nasi impit. Buatnya agak mudah dan cepat.....

rsz_suji_carrot_upma1
Kebiasaannya dimakan sebagai sarapan pagi. Tapi kita di Malaysia ini boleh saja kalau nak makan petang atau pun malam. Cm cicah dengan sos cili dan rasa dia sedap, dan tidak muak. Bau haruman daun kari menjadikan rasa UPMA lebih sedap dan wangi. UPMA itu sendiri dalam bahasa Tamil gabungan antara perkataan 'garam' dan 'tepung' (tepung suji @ semolina)...rujukan - wikipedia. Kalau anda ingin mencuba cm tulis resipi seperti dibawah, sekali lagi terima kasih Kak Madiha sudi share satu resipi antarabangsa ini, izinkan cm share di sini pula....Jommmmm!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan suji @ semolina
2 1/2 cawan air
1 biji bawang besar, didadu
5 biji cili padi hijau, dihiris (atau boleh ganti dengan sebiji cili hijau)
1/2 kiub pati ayam
1/2 batang lobak merah, saiz sederhana disagat

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
2 pelepah daun kari, dilurut
3/4 camca teh biji sawi
1 camca besar penuh kacang dhal (cm rendam 1 jam, resipi asal tak rendam)

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. Suju @ semolina digoreng tanpa minyak atau sangrai hingg naik baunya, guna api kecil dan kacau sentiasa tanpa henti. Kemudian angkat dan sejukkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah bawang besar dan hirisan cili padi. Kacau rata dan masak hingga bawang layu. Tuang air dan masukkan kiub ayam. Biar mendidih.
  3. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Kecilkan api, kemudian sudukan suji tadi dan tabur atas air panas sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya rata. Buat hingga habis dan kacau sentiasa agar tidak hangus.
  4. Masukkan parutan lobak merah, kacau rata, masak hingga pekat dan kental. Alihkan ke dalam bekas yang anda gemari yang telah disapu sedikit minyak. Tekan hingga padat dan biar sejuk. Boleh dipotong, hias ikut kreativit anda dan hidangkan.

Post a Comment

9 Comments

  1. menariklah resepi ni, tak pernah dengar, boleh try ni.. sebab kita peminat masakan India, hehe

    ReplyDelete
  2. tak pernah dgr resipi ni... menarik!^^

    ReplyDelete
  3. Mmg sdap upma ni.. Cuba cm makn dgn kari ikan semalam.. Mmg meletop rasa dia!!!

    ReplyDelete
  4. Ermmm xpenah jumpe resepi nie mekasih CMG sudi kongsi nampak sedap, comey je carrot tu kat atas kuih tu hehehhe :)

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi makan makanan ni.. very interesting :)

    ReplyDelete
  6. salam mat...
    syukurlah mat pun suka juga dgn rasa upma ni.. hihi.. akak mmg dah terpikat habis dgn benda ni... kerap sgt dah akak buat & resepi pun dah ingat dlm kepala ni.. haha.. kiranya.. kalau beli daun kari tu mmg tak membazirlah...
    akak rasa lebih suka buat style gini dari yg akak buat dulu yg mcm scramble (rupa sebenar upma) sbb buat camni lebih mudah nak mkn.. hihi.. harap2nya all indian out there tak marah dgn akak pandai2 ubah penampilan upma ni..

    thanks sudi mencuba ye mat...

    ReplyDelete
  7. nampak menarik.tak pernah tgk makanan ni. cm kata sedap, kak ratna kata sedap..wahh kena cari tepung suji nih.tq cm

    ReplyDelete
  8. resepi yang agak rare nie, boleh di cuba

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/03/ostematrix-tulang-sekuat-tembok-cina.html

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.